Jika apa-apa berlaku di Kedah, jangan salahkan saya: Mat Hasan

Spekulasi berhubung kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah pula bakal berlaku selepas UMNO membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Kedudukan DUN Kedah bergantung kepada sokongan UMNO di negeri tersebut dan hubungan antara parti itu dengan PAS ketika ini tegang apabila kedua-dua pemimpin sering membalas kritikan antara satu sama lain.

Selain itu, keputusan PAS untuk bersama Bersatu dibawah tiket Perikatan Nasional (PN) menimbulkan rasa tidak puas hati antara kedua-dua parti tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu tidak mengetahui sebarang perkembangan politik di Kedah tetapi tidak mahu dipersalahkan sekiranya berlaku sesuatu di Kedah, ia dipercayai merujuk sekiranya bakal berlaku satu lagi PRN selepas ini.

“Saya di ibu pejabat (Kuala Lumpur). Jika ada apa-apa berlaku di Kedah, jangan salahkan saya.

Tapi buat masa ini saya tak dengar apa-apa,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu PAS menunjukkan rasa kurang senang dengan tindakan Umno-BN melakukan langkah sendirian bagi melaksanakan PRN Johor.

Pada pandangan PAS PRN berkenaan tidak diperlukan pada ketika ini.

Beberapa pemimpin PAS kemudian mempersoalkan langkah itu dan bertanya mengenai kemungkinan ia juga diperluaskan ke negeri lain termasuk di Kedah. Antaranya ialah Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

BERITA BERKAIT
POPULAR