Jika ada undi tak percaya pun ia hanya untuk keruhkan suasana sidang: Rais

July 15, 2021 · Politik

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim yakin undi tidak percaya – jika ada sekali pun – yang dibawa pihak tertentu hanya bertujuan mengeruhkan keadaan pada sidang Dewan Rakyat bermula 26 Julai nanti.

Namun beliau percaya undi itu tidak dibenarkan sepanjang lima hari sidang kerana keutamaan perbincangan adalah berkaitan hal ehwal rakyat yang kini berdepan penularan pandemik Covid-19.

“Saya tidak menduga perkara itu (usul undi tidak percaya) berlaku sebab lunas untuk membuat perkara tersebut sangat terhad dan peraturan mesyuarat tidak membenarkan mana-mana pihak membuat usul tidak percaya yang sengaja hendak keruhkan keadaan pada hari sidang Dewan Rakyat,” katanya.

Memetik kenyataannya kepada Utusan, Rais berkata beliau difahamkan usul undi tidak percaya tidak ada dalam lunas peraturan kerana semua usul perlu datang daripada mana-mana menteri yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan.

Malah katanya, tempoh persidangan yang singkat itu perlu digunakan sebaik mungkin bagi membincangkan isu lebih penting berkaitan rakyat khususnya mengenai pandemik Covid-19.

Sebelum ini terdapat ura-ura bahawa blok pembangkang bersama beberapa Ahli Parlimen UMNO akan membangkitkan usul undi tidak percaya dalam usaha mereka merampas kuasa daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Malah ura-ura itu dihangatkan lagi setelah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusannya menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam apa yang didakwa sesetengah pihak untuk beliau menaikkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ini susulan tular klip audio Zahid dan Anwar ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu yang membincangkan strategi politik dalam usaha bekerjasama menjatuhkan kerajaan PN dan ‘membebaskan’ dirinya dan rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak daripada puluhan tuduhan di mahkamah.

Namun sesetengah pihak pula membuat andaian bahawa beberapa Ahli Parlimen dari kumpulan neutral DAP, sebaliknya akan menyokong kerajaan PN kerana tidak mahu pemimpin UMNO yang dituduh di mahkamah ‘dilepaskan’ begitu sahaja, jika Anwar naik menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lebih lanjut, Rais berkata beliau difahamkan sebuah jawatankuasa sudah memulakan tugas untuk membuat panggilan kepada Ahli-Ahli Parlimen, namun keterangan lebih teliti berhubung perjalanan mesyuarat akan dimaklumkan lima hari sebelum bersidang.

“Dalam hal ini, satu jawatankuasa pemandu sudah mengerak kerja, jadi saya bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun serta anggota-anggota teknikal pentadbiran undang-undang sudah lima kali bermesyuarat dan sudah membuat persiapan. Surat untuk memulakan panggilan sudah dikeluarkan kepada ahli-ahli parlimen dan pihak lain,” katanya.

Beliau sekali lagi menjelaskan sidang Parlimen lima hari itu akan diadakan secara bersemuka, bukan hibrid.

“Dalam sidang ini juga kerajaan akan membentangkan banyak dokumen dengan salah satu berkenaan Ordinan Darurat yang perlu dibentang di bawah kuat kuasa perkara 150 (3). Jadi kertas itu hanya dibentang oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri atau lebih afdal oleh Perdana Menteri sendiri.

“Walaupun kertas itu di bawah 150 (3), anggota dalam mana-mana ruang bolehlah menimbulkan apa-apa persoalan yang hendak dikemukakan,” katanya

Rais juga berkata, Ahli Parlimen boleh mengemukakan soalan-soalan seperti persidangan sebelum ini dan ia akan disusun di bawah peraturan mesyuarat.

“Ini bukan sesi taklimat khas, soalan biasa turut akan dijemput. Namun, kita belum tahu bilangan soalan yang dapat dilayan kedua-dua dewan kerana waktu sangat terhad.

“Dalam persidangan ini, peraturan mesyuarat biasa adalah diterima pakai untuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tinggal lagi Yang Dipertua masing-masing ada kuasa hendak menggantung operasi peraturan mesyuarat atau sebaliknya.

“Kalau Yang Dipertua menggantung peraturan mesyuarat, jadi hak yang ada pada Ahli Parlimen itu adalah asas dan terus boleh mengemukakan hal yang di luar peraturan, tetapi menggantung peraturan mesyuarat ini tidak akan berlaku kerana tiada keperluan untuk berbuat sedemikian walaupun ia terletak di bawah peraturan 90,” ujarnya lagi.

Rais dalam masa sama turut menjangkakan soalan berhubung darurat akan banyak ditimbulkan khususnya berkaitan Covid-19, kuasa membelanjakan kewangan di bawah peraturan darurat dan kuasa menentukan pengambilan vaksinasi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
14 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok