Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden

January 18, 2023 · Politik

Datuk Nur Jazlan membidas dua pemimpin atasan UMNO kerana mempertikai keputusan meluluskan usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada Perhimpunan Agung lalu.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor yang juga calon Parlimen kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membidas Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak berpuas hati dengan keputusan meluluskan usul tersebut tetapi bangkit menyokongnya semasa pengundian dalam dewan baru-baru ini.

“Malah Naib Presiden UMNO sendiri yang juga PM-9, buat lain cakap lain.

“Ketika proses pengundian usul itu dibuat, dia boleh pula berdiri dan sokong tapi bila keluar dewan, dia buat pula sidang media dan mempertikaikannya. Sepatutnya kalau dah setuju tu duduk diam saja dan kalau tak setuju, jangan duduk gatal-gatal nak bangun dan sokong,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Jazlan juga mendakwa kemungkinan Ismail Sabri tidak berpuas hati kerana tidak dilantik untuk menjadi menteri angkat bagi negeri-negeri yang akan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Saya dapat rasa sebenarnya dia tak puas hati sebab dia satu-satunya Naib Presiden yang tak dipilih untuk jadi menteri angkat kepada negeri-negeri yang akan terlibat dengan PRN nanti,” katanya.

Menurut Jazlan, ketiadaan lantikan tersebut mungkin juga kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Ismail Sabri.

“Mungkin Presiden sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap beliau asbab macam-macam perkara yang dibuat menongkah arus sepanjang jadi PM dulu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Jazlan juga membidas Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad yang senada dengan Ismail Sabri dalam mempertikaikan keputusan meluluskan usul tersebut.

“Begitu jugalah sikap Pengerusi UMNO Johor yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam yang baru berani bersuara tentang isu sama.

“Selama ini dia hanya ambil sikap kunci mulut dan tak keluarkan kenyataan apa-apa pasal pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu. Tahu-tahu saja, wakil UMNO Johor, Pandak Ahmad ketika berucap ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden dengan tegas mengatakan UMNO Johor mahu dua jawatan itu dipertandingkan.

“Setahu saya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Johor, kami tak pernah pun dipanggil mesyuarat oleh Pengerusi UMNO Johor untuk berbincang mengenai ketetapan UMNO negeri mengenai isu berkenaan.

“Kenapa keputusan dibuat tanpa berbincang atau maklumkan kepada pucuk pimpinan UMNO Johor yang lain? Adakah tindakan itu juga boleh dianggap sebagai demokrasi?” katanya.

Walaupun tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, Jazlan mencadangkan kepada mereka yang tidak menyokong usul tersebut supaya masuk bertanding jawatan Naib Presiden.

“Saya nak cadangkan juga kepada mereka yang nak sangat bertanding jawatan, bolehlah try masukkan nama untuk merebut tiga kerusi Naib Presiden yang sedia untuk dicabar.

“Mungkin Ismail Sabri boleh bersedia mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sekarang,” katanya.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
5 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
9 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
9 jam lalu· Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
12 jam lalu· Politik
Popular
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
13 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
13 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
15 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf, Zahid minta henti kenyataan guris hati
17 jam lalu · Politik
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok