BN jatuh dulu pun sebab Menteri Dalam Negeri, PN jangan ulangi kesilapan

May 7, 2021 · Politik

Kerajaan Perikatan Nasional (PN), diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu, susulan kontroversi yang dikaitkan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, pada era kerajaan BN, sikap menterinya yang tidak pandai menjaga hati rakyat dan bersifat angkuh menyebabkan kerajaan BN tersungkur.

“Tindak tanduk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah yang mencetuskan kehangatan baru-baru ini dilihat berisiko tinggi terhadap kedudukan kerajaan PN yang diketahui agak rapuh daripada sokongan rakyat.

“Ia dilihat seolah-olah bakal mengulangi skrip bagaimana jatuhnya BN dahulu yang memperlihatkan beberapa menteri BN memberikan kenyataan yang mengguriskan hati rakyat dan mendapat perhatian daripada netizen.

“Seterusnya menyebabkan ayunan undi ketidakpuasan hati rakyat terjelma dalam bentuk undi protes tolak BN,” katanya kepada Agenda Daily.

Pada era kerajaan BN dahulu pemerhati politik melihat tindak tanduk Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sering mencetuskan kontroversi sehingga ia menjadi salah satu punca kejatuhan BN.

Antara kenyataannya, Zahid meminta anak-anak muda yang memprotes keputusan pilihan raya agar keluar dari negara ini dan mencari negara yang sesuai yang mengamalkan sistem pilihan raya seperti mereka gemari.

Dalam pada itu, isu pendedahan Zahid yang mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India turut menjadi sorotan umum.

Zahid, dalam satu program, menunjukkan salinan kad pengenalan Dr Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai ‘Mahathir a/l Iskandar Kutty’.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, kerajaan PN perlu mengambil kira kepentingan nasional yang memberikan kesan kepada ayunan undi rakyat dan adalah lebih baik menangani isu ini secara bijaksana tanpa mengeruhkan lagi keadaan politik semasa PN.

“Dalam konteks ini sukar kerajaan bertindak tegas kerana menteri yang bertindak sedemikian ialah orang kuat dalam parti Bersatu dan pemain utama dalam gerakan parti dan kerajaan PN.

“PM boleh menasihat menteri yang terlibat agar meminta maaf secara terbuka dan membuka lembaran baru untuk bergerak ke hadapan,” katanya.

Nama Hamzah sejak kebelakangan ini agak panas, susulan beberapa pendedahan kontoversi yang dikaitkan dengan menteri itu, antaranya rakaman suara bocor yang mengaitkan beliau sedang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis.

Hamzah mengakui rakaman itu adalah suaranya, tetapi berpendapat beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Blok pembangkang dan kumpulan sivil juga memberikan tekanan terhadap kerajaan PN susulan pendedahan melibatkan Menteri Dalam Negeri tersebut.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO
November 13, 2023· Politik
Iskandar Dzulkarnain digantung keahlian selepas sokong Anwar: Bersatu
November 4, 2023· Politik
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok