Jarang negara buat pilihan raya dalam suasana bencana: Annuar

September 19, 2022 · Politik

Semasa bencana melanda sesebuah negara jarang pilihan raya diadakan kerana suasana yang tidak kondusif untuk pengundi keluar, kata Tan Sri Annuar Musa.

Kenyataan Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu hadir selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menyatakan kesediaan jentera parti Barisan Nasional (BN) turun berkempen meredah banjir walaupun pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim banjir.

“Jarang negara buat pilihan raya dalam suasana bencana yang sedang terpaksa dihadapi kerajaan.

“Kalau kita adakan (pilihan raya) dalam suasana yang tidak kondusif, peratusan undi rendah dan tidak membawa imej yang baik untuk negara,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Berhubung kenyataan Zahid baru-baru ini semasa melancarkan jentera kempen Pemuda Barisan Nasional (BN), Annuar menyifatkan kenyataan tersebut disalaherti dan hanya pandangan peribadi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

“Saya tolong betulkan. Kenyataan itu mungkin disalahertikan kerana tidak dikeluarkan satu kenyataan dasar.

“Saya suka ambil positif (kenyataan) presiden (Zahid) bermaksud nak tekankan sudah siap siaga jentera BN.

“Maknanya kalau banjir pun jentera sudah sedia. Tak semestinya presiden maksud nak adakan pilihan raya walaupun banjir,” katanya lagi.

Zahid ketika pelancaran jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa pada Sabtu lalu dilaporkan berkata, jentera BN juga sudah bersiap siaga sekiranya PRU-15 diadakan pada November ini, iaitu ketika negara menghadapi musim banjir.

Banjir yang melanda negara pada akhir tahun lalu meragut 55 nyawa, dengan lebih 500,000 orang hilang tempat tinggal. Kerugian akibat infrastruktur awam, rumah dan pertanian yang musnah mencecah lebih RM6 bilion.

Jabatan Meteorologi menjangkakan musim tengkujuh bermula November dan berterusan hingga Mac depan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memberi isyarat jelas tarikh PRU-15 akan diadakan pada masa terdekat dan ia akan diputuskan semasa mesyuarat ‘top five’ yang dijadualkan pada 30 September ini.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Krisis KM Melaka: Sulaiman menangis tapi tak sedih lepas kerusi
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
3 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
14 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
14 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
15 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok