Janji kuota 30 peratus kepada Wanita UMNO dimungkiri Zahid, kata perwakilan

January 12, 2023 · Politik

Seorang perwakilan Wanita UMNO membangkitkan isu berhubung janji kuota 30 peratus wanita sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Janji tersebut tidak ditunaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isu tersebut dibangkitkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut, Sabariah Zakaria yang menegaskan sayap itu masih ingat dengan janji terbabit.

Katanya, Wanita UMNO tidak lupa dengan janji itu kerana ia dibuat secara terbuka.

“Hingga ke saat akhir, janji tidak tertunai. Wanita bukan saja tak dapat kuota 30 peratus, malah Ketua Wanita UMNO yang menang bergaya pun tak dapat menjadi Menteri!.

“Ini satu tindakan yang sangat mengecewakan dan bahaya terutama bagi tahun pemilihan,” katanya pada perbahasan Perhimpunan Agung Wanita UMNO, hari ini.

Sabariah berkata, tindakan presiden itu sangat mengecewakan Wanita UMNO.

“Banyak pepatah Melayu yang boleh kita jadikan bidalan untuk perkara ini, contohnya seperti – Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji, hati hancur bagai kaca terhempas ke batu, lidah tidak bertulang dan pepatah paling bahaya ialah ada ubi ada batas….

“Wanita dengan ini mendesak Presiden untuk memperhalusi hal ini. Jangan UMNO dilihat sebagai parti yang mengamalkan diskriminasi gender,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Beliau menegaskan Wanita UMNO jangan hanya dilihat sebagai jentera untuk bekerja saja dan dibuat seperti ‘habis manis sepah dibuang.

“Jangan pandang rendah pada wanita. Wanita sentiasa ingat Janji-janji manis, lagi-lagi yang tidak ditunaikan,” katanya.

Beliau juga menyatakan Wanita UMNO memang terasa hati dengan apa yang berlaku pada kempen pilihan raya.

“Begitu penatnya kita bekerja, tapi ada kalanya usaha kita dipandang remeh, suara kita diletak ke tepi dan perjuangan kita dipandang sepi.

“Namun kepada Allah kita serahkan segalanya kerana perjuangan Wanita bukan kerana apa, siapa atau kenapa… perjuangan Wanita adalah didasarkan kepada rasa cinta yang jika dikhianati, akan membawa padah kepada yang empunya diri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sabariah juga membangkitkan berhubung kerjasama dengan DAP yang terpaksa diterima dengan berat hati.

“Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa pada satu masa UMNO dan DAP, dua parti yang sangat bertentangan akan membentuk Kerajaan.

“UMNO yang ektremis Melayu, Islam dan DAP yang ektremis kesamarataan semua bangsa di Malaysia, akhirnya duduk bersama di bawah seliaan Perdana Menteri dari PKR,” katanya.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok