Jangan undi ‘orang gila’ ajak PRU segera: Pengarah Pilihanraya PAS

October 7, 2022 · Politik

Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan pemilih supaya tidak mengundi ‘orang gila’ yang mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera, tatkala negara dan rakyat berdepan ancaman bencana, selain masalah ekonomi.

Menurutnya tatkala semua agensi kerajaan kini dalam persediaan menghadapi Fasa Peralihan Monsun – daripada Monsun Barat Daya ke Monsun Timur Laut yang biasanya membawa hujan lebat dan banjir setiap tahun – ada pihak yang mendesak PRU-15 diadakan segera.

Menteri Besar Kedah itu berkata laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan berlakunya banjir besar sekarang ini hingga Mac tahun hadapan akibat peralihan Monsun Timur Laut

Bagaimanapun, katanya, ada pihak tidak mempedulikan amaran itu dan terus mendesak PRU-15 diadakan sehingga menyatakan sanggup berkempen meredah banjir tanpa mempedulikan nasib rakyat.

“Kita dapat laporan MetMalaysia meramalkan dijangka berlaku banjir besar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akibat pemanasan global dengan semua agensi Persekutuan dan negeri diarah membuat persediaan rapi.

“Tiba-tiba ada orang gila ajak buat pilihan raya. Ini sejenis gila apabila ajak orang kempen dalam banjir. Dia kata pilihan raya dalam banjir sekalipun kita redah, mereka tak ada kerja hingga sanggup buat kerja ini.

“Apabila MetMalaysia kata banjir hingga Mac 2023, buatlah pilihan raya April. Masa itu semua orang boleh keluar mengundi. Kita pun senang berkempen, tak perlu selak kain lalu celah air nak berkempen ke rumah orang,” katanya menurut BH tanpa merujuk kepada orang atau pihak terbabit.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kota Setar di Masjid Nurul Ihsan, Langgar, hari ini (7 Oktober 2022).

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengeruskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 30 September lalu memutuskan PRU-15 perlu diadakan tahun ini juga, dengan Naib Presidennya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, tetapi dikatakan tidak membincangkan isu pembubaran Parlimen ke-14.

Pada 17 September lalu, Zahid dilaporkan berkata Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU-15 diadakan tahun ini, lapor BH.

Menyifatkan isyarat yang diberikan ahli UMNO supaya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat ini adalah jelas dan nyata, Zahid dilaporkan berkata:

“Kita tengah tunggu tarikh keramat, namun kita tahu ada kekangan akhir tahun ini iaitu banjir, hujan lebat dan angin monsun Timur Laut tetapi kalau Perdana Menteri bubar masa banjir pun, sanggup redah banjir untuk bertanding.

“Isyaratnya adalah jelas dan nyata…’top five’ diberikan mandat untuk berbincang tetapi tarikh belum ditetapkan.”

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata keadaan menjadi sukar kepada semua pihak, termasuk polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan, jika PRU-15 diadakan dalam keadaan banjir.

“Tetapi kerana mereka mahu bubar Parlimen juga, maka kita mungkin kena mengundi Parlimen. Jika pengundi rasa susah untuk mengundi (dalam banjir), maka jangan undi orang gila itu.

“Saya tidak kata pada sesiapa, tetapi pada orang gila yang ajak pengundi berenang ke pusat mengundi,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
20 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
13 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
14 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok