Jangan ugut penjawat awam kerana dendam politik: Wan Saiful

November 29, 2022 · Politik

Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak menggugut penjawat awam hanya kerana dendam politik mereka, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ketua Penerangan Bersatu itu menggesa agar kerajaan yang dipimpin PH-DAP itu tidak menjadikan penjawat awam sebagai mangsa politik dan menukar pegawai kerajaan sesuka hati hanya kerana berbeza ideologi dan fahaman.

“Saya kesal kerana dalam pertemuan pertama Perdana Menteri dengan penjawat awam, beliau gagal memberi jaminan kerajaan PH tidak akan menjalankan ‘witch hunt’ terhadap pegawai kerajaan.

“Kita semua masih ingat bagaimana Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan bongkak mengugut akan ‘mencari’ penjawat awam yang menjalankan tugasan mereka. Adakah membalas dendam ini masih lagi menjadi ‘polisi senyap’ kerajaan PH,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Sebelum ini semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pemimpin PH memberi amaran kepada pegawai kanan dalam kerajaan bakal berdepan tindakan susulan sekiranya mereka menjadi kerajaan.

Dalam pada itu, Wan Saiful mmenyifatkan jika sikap dengan dendam ini dibawa ke kementerian, ia memberi kesan kepada perjalanan pentadbiran negara.

“Apatah lagi sekarang ini heboh dikatakan Rafizi (Ahli Parlimen Pandan) melobi hebat untuk menjadi Menteri Kewangan.

“Sekiranya sikap dendam ini dibawa ke kementerian yang sebegitu penting, apa akan jadi kepada pentadbiran negara? Mungkinkah peruntukan akan dipotong begitu saja jika dia tidak suka kepada individu tertentu,” katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi menegaskan menteri yang bakal dilantik dalam masa terdekat diingatkan supaya menghormati sistem perkhidmatan awam sebagai tonggak dalam pentadbiran kerajaan.

Jelasnya, menteri dan penjawat awam saling memerlukan kerana masing-masing memiliki kepakaran khusus untuk digunakan dalam menguruskan pentadbiran kerajaan.

Berita berkaitan
Kerajaan benarkan jualan mercun, bunga api tak lama lagi
11 jam lalu· Isu semasa
Elaun pembangunan Ahli Parlimen dikurangkan tinggal RM1.3 juta sahaja
13 jam lalu· Isu semasa
Pasport Zahid dibenarkan pulang sementara, permohonan kekal dipulangkan ditolak
18 jam lalu· Isu semasa
Terdesak nak undi orang Melayu sehingga terpaksa calarkan imej Bersatu: Khairy
20 jam lalu· Politik
Popular
Terdesak nak undi orang Melayu sehingga terpaksa calarkan imej Bersatu: Khairy
February 3, 2023
Pertandingan dua jawatan tertinggi, Ismail Sabri kata tunggu keputusan RoS
February 3, 2023
Khairy masuk PKR mungkin Rafizi akan rasa tercabar: Zahidi
February 3, 2023
PKR Perlis label Zahidi sebagai ‘tong sampah’, gesa jangan terima
February 3, 2023
Lagi Politik terkini
PKR Perlis label Zahidi sebagai ‘tong sampah’, gesa jangan terima
5 jam lalu · Politik
Pertandingan dua jawatan tertinggi, Ismail Sabri kata tunggu keputusan RoS
5 jam lalu · Politik
Pembekuan akaun Bersatu ketika PRN semakin dekat berniat jahat: MB Perlis
13 jam lalu · Politik
Khairy masuk PKR mungkin Rafizi akan rasa tercabar: Zahidi
19 jam lalu · Politik
Sudah banyak kali jawatan Presiden, Timbalan Presiden tak dipertandingkan: Mat Maslan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok