Jangan melutut lagi macam dulu, kata Osman kepada UMNO Johor

March 29, 2021 · Politik

“Esok-esok, jangan datang mengemis simpati dan melutut lagi pada kami, macam dia buat dahulu. UMNO Johor mungkin terlupa dengan sokongan Bersatu membolehkan parti itu dapat menubuhkan kerajaan negeri,” kata Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) semalam, yang bukan sahaja menghina Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, malah memperkecilkan Bersatu yang memberi sokongan kepadanya bagi menubuhkan kerajaan Johor, tahun lalu.

Semalam, Hasni ketika berucap pada PAU 2020 dilaporkan berkata, biarpun UMNO Johor sebelum ini bercadang memberi laluan kepada Muhyiddin untuk terus bertanding di Pagoh, sokongan terhadap Perdana Menteri jauh lebih rendah berbanding sokongan terhadap UMNO.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mempunyai 56 kerusi iaitu UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), Amanah (sembilan), PKR (empat), MIC (dua), dan PAS (satu).

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor dibentuk dengan majoriti tipis iaitu 29 kerusi, berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, selepas Bersatu bersetuju menyokong UMNO menerajui kepimpinan kerajaan negeri.

“Kami ahli akar umbi Bersatu Johor sangat kecewa dengan kenyataan terbuka Hasni yang bukan sahaja tidak beralas terhadap Muhyiddin malah penuh keegoan, tidak beralas serta menghina yang akhirnya memecahkan tembelang yang lama disimpan parti itu.

“Jika UMNO Johor mendabik dada mengatakan parti itu paling kuat mengapa kawasan Pulai Sebatang di Pontian yang dia sebagai Ketua Bahagian UMNO boleh tewas pada PRU-14 selain banyak lagi kerusi yang tewas dengan majoriti besar di Johor, ” kata Osman yang juga bekas menteri besar Johor.

Sehubungan kenyataan Hasni, katanya, Bersatu dan PN Johor akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hala tuju kerjasama dengan UMNO, di mana kedua-dua mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Muhyiddin.

“Mesyuarat Bersatu Johor dijadual berlangsung malam esok akan disertai 26 ketua bahagian, manakala mesyuarat PN Johor pula lusa. Keputusan sama ada kerjasama dengan UMNO Johor akan diteruskan akan ditentukan kepemimpinan selepas selesai kedua-dua mesyuarat itu,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PN Johor.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Isu skandal seks, Exco Melaka tampil jelaskan dakwaan yang direka cipta
April 27, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok