Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar

December 7, 2022 · Politik

PAS mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadikan Kerajaan Persekutuan sekarang sebagai ‘Kerajaan Pak Pandir’ apabila membuat kenyataan yang hanya sekadar ‘membayangkan’, dangkal dan jauh meleset.

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) dalam satu kenyataan dikeluarkan ketuanya Datuk Ahmad Yahya berkata demikian ketika mengulas dakwaan Anwar yang membayangkan bahawa Perikatan Nasional mendapat dana pilihan raya daripada syarikat perjudian.

Pada masa sama, DUPP mengingatkan apa yang lebih bahaya ialah dakwaan mengatakan Pakatan Harapan (PH) menerima dana asing, yang disahkan sendiri oleh International Republican Institute (IRI).

Sehubungan itu, DUPP menegaskan dakwaan Perikatan Nasional menerima dana syarikat judi adalah tuduhan yang sangat dangkal dan jauh meleset.

“Bagaimana seorang Perdana Menteri menjustifikasikan dakwaan beliau sebagai sekadar “membayangkan” wujudnya penerimaan dana tersebut, bukan sebaliknya daripada bukti yang jelas dan nyata. Usah jadikan Kerajaan tempang yang dibentuk pasca PRU ke-15 sebagai Kerajaan Pak Pandir.

“Komitmen Kerajaan Perikatan Nasional sangat jelas dalam isu perjudian. Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Perikatan Nasional tegas dengan komitmen menutup premis perjudian di seluruh negeri ini bermula tahun 2023.

“Ia menuruti langkah yang diambil Kelantan dan Terengganu. Sejak bila syarikat perjudian sangat mesra dengan Perikatan Nasional sehingga sanggup mendanai perjalanan pilihan rayanya?,” kata DUPP.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kutipan cukai sektor perjudian ketika era pemerintahan singkat Pakatan Harapan mencecah RM3.43 bilion pada 2019, tertinggi sejak tahun 2010.

“Apakah Anwar mempunyai tekad politik untuk menutup terus premis perjudian sebagaimana langkah yang diambil Kerajaan Perikatan Nasional ini?

“Persoalan paling mustahak di sini adalah penerimaan dana asing oleh PH yang telah mencetuskan kebimbangan ramai sebelum ini. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining pasca PRU-14 yang lalu,” katanya.

Menurutnya dakwaan ini lebih berbahaya kerana mendedahkan kedaulatan negara kepada kepentingan asing.

“Ironinya masih tiada siasatan mahupun jawapan yang tuntas terhadapnya,” katanya.

“DUPP turut menyokong langkah yang diambil oleh Perikatan Nasional/PAS untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Anwar atas dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab itu.”

Berita berkaitan
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Lagi Politik terkini
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
3 minit lalu · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok