Jangan fikir UMNO dah kuat balik, BN cuma ada 42 kerusi: Nazri

August 28, 2021 · Politik

Pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz memberi peringatan walaupun parti sudah mendapat jawatan Perdana Menteri dan menguasai kerajaan pusat ia tidak bermakna mereka sudah kuat kerana realitinya Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 42 kerusi sahaja.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata era pentadbiran Perdana Menteri terdahulu ketika UMNO menguasai tampuk kerajaan berbeza dengan keadaan sekarang, UMNO kini perlu menjaga hubungan dengan rakan parti komponen lain seperti Bersatu, PAS dan GPS.

“Dulu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dan Najib (Datuk Seri Najib Razak), UMNO boleh sebut sahaja siapa yang dia nak dan kita akan dapat tetapi sekarang berbeza.

“Saya nak ingatkan orang UMNO, jangan fikir kita dah kuat balik. Barisan Nasional (BN) cuma ada 42 kerusi dan untuk tubuh kerajaan kita kena berkawan dan ambil hati mereka. Kalau kawan kita Bersatu, PAS, GPS, tak setuju dengan keputusan kita, kita tak boleh tubuh kerajaan,” katanya dipetik dalam sebuah laporan portal.

Jelasnya lagi, perkara paling penting sekarang jawatan Perdana Menteri sudah dimiliki UMNO dan tidak perlu mempertikaikan soal komposisi Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Yang penting, UMNO sudah dapat jawatan Perdana Menteri, kita nak apa lagi? Kita sama-sama UMNO nak bantai buat apa?” katanya lagi.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan Kabinet baharu dan berdoa supaya gaji mereka dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula menganggap barisan anggota Kabinet itu sebagai kurang memberangsangkan.

Kritikan pemimpin UMNO tersebut dilihat senada dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa barisan Kabinet diumumkan Ismail Sabri adalah ‘kitar semula’ muka lama dalam pentadbiran sebelum ini.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinetnya kerajaannya dengan mengekalkan jumlah 31 kementerian merangkumi 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri dengan keseluruhan berjumlah 70 orang termasuk Perdana Menteri.

Selain itu, terdapat kementerian masih kekal mempunyai dua Timbalan Menteri antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, barisan Kabinet itu dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok