Jangan boikot, keluarlah mengundi: Rayu Ku Li

October 21, 2022 · Politik

Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyeru pengundi berusia 18 tahun yang akan mengundi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata pengundi muda boleh memilih kerajaan yang mereka fikir terbaik melalui pilihan raya.

Beliau berharap pengundi muda mengambil peluang untuk keluar mengundi beramai-ramai bagi menukar atau merombak kerajaan.

“Jika kita mahu memilih mereka yang kita percaya boleh memberikan tadbir urus yang baik, maka saya harap kita tidak memboikot atau mengabaikan peluang ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya.

Tengku Razaleigh turut menggalakkan belia bebas memilih calon yang difikirkan layak untuk menghormati amanah yang diberikan kepada mereka.

“Jika kita tidak suka seseorang, kita tidak perlu mengundinya. Pilih calon lain tetapi jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan kepada kita,” katanya lagi.

Menurutnya mandat untuk memilih sebuah kerajaan telah dipulangkan kepada rakyat

“Pesanan saya kepada pengundi, terutamanya pengundi baru. Mandat telah dipulangkan kembali kepada anda untuk menentukan corak pentadbiran negara ini.

“Setiap suara anda didengari, jangan boikot undi. Jalankan kewajipan dan hak anda sebagai warganegara. Undilah dengan bijaksana,” katanya.

Semalam, SPR menetapkan 19 November 2022 sebagai tarikh pemilih akan membuang undi pada PRU-15, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November 2022.

Bagi pengundian awal pula, tarikh 15 November 2022 dipilih.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok