Jangan biar dunia tertawa sekali lagi, buktikan kita rakyat yang bijak

November 18, 2022 · Politik

Seorang rakan memberitahu, di sebuah negara jiran: “Jika pemimpin mereka susah hati, mereka akan melihat keadaan politik Malaysia. Lalu mereka akan ketawa.

“Tapi mereka terkejut, bagaimana kerajaan Malaysia ketika ditadbir Perikatan Nasional pada awal penularan wabak Covid-19, mampu menanganinya dengan pantas.”

Justeru, kita boleh mengambil pengajaran daripada sejarah yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ketika negara diurus tadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang akhirnya bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan; dan Pakatan Harapan (PH) yang juga terpalit isu rasuah, tidak menepati janji, isu moraliti, serta manifesto bulan dan bintang.

Memang diakui BN mempunyai banyak pengalaman sebagaimana didakwa pemimpinnya ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan berakhir tengah malam ini. Esok, (Sabtu, 19 November 2022), lebih 21.1 juta pemilih akan mengundi memilih kerajaan baharu.

Ya! Ada banyak pengalaman, termasuk pengalaman berjaya menyembunyikan penyelewengan berbilion-bilion wang milik negara dan rakyat daripada pengetahuan kita. Hanya selepas BN kalah pada 2018, pentadbiran baharu membongkar segala salah laku melibatkan pemimpin BN.

Antaranya, bekas Perdana Menteri yang juga bekas Pengerusi BN ketika itu Datuk Seri Najib Razak. Puluhan tuduhan dikenakan terhadapnya dan ada antara kesalahan dilakukan itu akhirnya membawa bekas Presiden UMNO itu ke Penjara Kajang.

Bukan hendak memalukannya, tetapi inilah sejarah yang tertulis dalam rekod mahkamah dan Jabatan Penjara. Sama juga rekod mahkamah dan Jabatan Penjara yang menyimpan nama Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian juga dengan pemimpin PH yang turut terlibat dalam kes-kes mahkamah, salah laku dan moraliti, sekarang ini. Mereka tidak ada rasa malu mengaku pemimpin yang bersih.

Sebenarnya, dunia, khususnya negara-negara jiran kita sedang memerhati dengan dekat:

1) Parti mana yang akan dipilih oleh rakyat Malaysia untuk menjadi kerajaan, sekali gus menentukan bakal Perdana Menteri, antara Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Perikatan Nasional, Anwar (PH) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN).

2) Adakah rakyat Malaysia bijak untuk menentukan masa depan diri sendiri, serta negara; dan

3) Adakah rakyat Malaysia akan membuatkan dunia sekali lagi mentertawakan kita apabila memilih parti yang di dalamnya ada pemimpin korup, terlibat kes rasuah, tidak bermoral, kaki fitnah dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Anda semua telah memperoleh pelbagai maklumat berkaitan pemimpin berkenaan. Anda juga tidak dihalang untuk mencari maklumat masa lampau mengenai mereka.

Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, jangan buat keputusan yang akan menyebabkan dunia luar mengatakan kita bodoh dan mentertawakan kita sekali lagi.

Cukuplah! Di tangan anda esok, anda boleh melakukan perubahan membentuk sebuah negara yang bersih, tidak lagi tercemar dengan skandal penyelewengan kewangan, rasuah dan juga skandal tidak bermoral.

Anda yang akan menentukan, namun rakyat Malaysia diharap dapat membuat pilihan bijak untuk membawa Malaysia ke satu era baharu ditadbir sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

Ketua Pengarang
Agenda Daily

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok