‘Jangan ada buruk sangka terhadap saya’- Zahid

October 12, 2021 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta agar tiada sangkaan buruk dilemparkan terhadapnya ekoran memiliki akaun luar pesisir.

Walaupun mempunyai akaun luar pesisir, Ahli Parlimen (MP) Bagan Datuk itu memberitahu beliau tidak pernah melakukan sebarang cubaan untuk mengelak cukai.

Akaun luar pesisir milik Presiden UMNO  di British Virgin Islands (BVI) itu dibuka ketika beliau melakukan pelaburan di China pada 1993.

Selain itu, katanya, pembukaan akaun luar pesisir itu dibuat sebelum beliau menceburi politik peringkat nasional, mahu pun menjadi MP.

“Ketika itu pelaburan dibuat di China dan sila rujuk kepada ‘hansard’ saya. Diharap Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan rakan lain jangan ada buruk sangka terhadap saya kerana saya tidak akan melarikan cukai.

“Malah, wang itu dibawa ke tanah air dan cukai dikenakan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), jika ada ketika itu.

“Namun syarikat itu telah ditutup kerana kita telah memperolehi semula pelaburan dibuat di China dan dividen telah diberikan kepada pemegang saham, manakala pinjaman telah dibayar kepada institusi kewangan yang terbabit,” katanya ketika mencelah perbahasan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bagi Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok