Jamal syor Tengku Zafrul jadi ‘poster boy’ BN Selangor

June 13, 2022 · Politik

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang belum memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang dicadangkan menjadi ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) Selangor.

Cadangan itu dibuat UMNO Bahagian Sungai Besar setelah desas-desus mengatakan Tengku Zafrul sedang mengintai sama ada kerusi Parlimen Sungai Besar atau Kuala Selangor pada PRU-15 nanti.

Ketua UMNO bahagian itu Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata Tengku Zafrul adalah antara nama pemimpin yang disebut-sebut untuk bertanding dan sudah turun padang beberapa kali menyantuni rakyat di Kuala Selangor.

“Jika kehadiran anak kelahiran Kuala Selangor itu boleh diterima baik Pengerusi UMNO Selangor (Tan Sri Noh Omar), apa salahnya beliau dijadikan ‘poster boy’ BN Selangor pada PRU-15 akan datang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kawasan Parlimen Sungai Besar kini diwakili Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Muslimin Yahaya daripada Bersatu/Perikatan Nasional (PN), manakala Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH).

8 Jun lalu, Tengku Zafrul berkata beliau tidak memikirkan isu politik, termasuk khabar angin akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor kerana tumpuannya sekarang adalah terhadap usaha pemulihan ekonomi negara.

“Sekarang ini masih lagi pada tugas di MOF (Kementerian Kewangan), tidak ada memikirkan isu politik. Isu yang sedang dihadapi (sekarang) dalam pemulihan negara dan fokus kepada tugas kita,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pemilihan Kuala Selangor sebagai “daerah angkat” Kementerian Kewangan dan kekerapan turun ke kawasan itu menjadi petanda bahawa Tengku Zafrul akan bertanding di kawasan itu pada PRU-15.

Mengulas lanjut, Jamal yakin Tengku Zafrul yang mempunyai latar belakang korporat dan perbankan mampu membela kebajikan rakyat, tatkala UMNO kini memerlukan lebih ramai pemimpin muda, berkaliber dan diyakini serta mampu menawarkan perubahan luar biasa di Selangor.

Menurutnya formula sama boleh diguna pakai BN dalam PRU-15 dengan mengetengahkan calon muda, baharu dan sesuai dengan kehendak semasa.

“Masyarakat hari ini mula kembali memberi kepercayaan kepada BN yang menawarkan manifesto mampu dilaksanakan, iaitu kestabilan politik dalam pentadbiran kerajaan.

“Tambahan pula, pelaksanaan pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun yang berkuat kuasa 15 Disember lalu membuktikan pengundi muda juga memberi sokongan luar biasa hingga memenangkan BN di Melaka dan Johor.

“Langkah ini boleh digunakan di negeri-negeri lain terutama Selangor dalam usaha BN untuk merampas semula negeri maju ini daripada Pakatan Harapan yang mentadbir sejak tiga penggal lalu,” katanya.

Berita berkaitan
Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin
56 minit lalu· Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
June 30, 2022· Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
June 30, 2022· Politik
Tajuddin sudah sahkan siapa punca MN jadi porak-peranda, kata PAS
June 28, 2022· Politik
Popular
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
July 1, 2022
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
July 1, 2022
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
July 1, 2022
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
July 1, 2022
Lagi Politik terkini
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
4 jam lalu · Politik
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
6 jam lalu · Politik
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
9 jam lalu · Politik
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
11 jam lalu · Politik
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok