Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN

June 7, 2023 · Politik

Kekecewaan diluahkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas melihat bekas pemimpin mereka, Tan Sri Noh Omar duduk sepentas bersama dengan Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.

Jamal yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Selangor itu berkata tindakan Noh yang berkempen bersama PN dan kini menjadi seteru kepada bekas partinya agak mengecewakan kerana banyak jasanya sebelum ini.

“Itu hak beliau tetapi sebagai orang yang banyak menikmati hasil daripada UMNO, akhirnya berada di pentas lawan, itu saya sangat kecewa.

“Saya sangat menghormati Noh. Saya tak nafi jasa dia kepada UMNO, saya cuma ingin menasihati bekas bos saya dulu supaya berjiwa besar,” katanya dipetik laporan FMT.

Noh dipecat UMNO pada Januari atas alasan melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Terdahulu, Noh muncul bersama pemimpin PN dalam program Jelajah Selangor Baharu yang diadakan di Tanjung Karang baru-baru ini.

Dalam ucapannya sebelum ini, Noh dilapor mahu memastikan Parlimen Tanjong Karang sebagai kubu kuat PN sekali gus membantu kemenangan blok itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Katanya, beliau mahu memastikan rakyat menyokong PN sama seperti usaha yang pernah dilakukannya lebih 30 tahun lalu dalam membangunkan Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu.

Untuk rekod, Noh menyandang kerusi Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal sejak 1995.

Berita berkaitan
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
32 minit lalu· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
20 jam lalu· Isu semasa
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023 · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok