Jamal belum bayar saman selepas kalah kes, berdepan tindakan bankrap

September 18, 2022 · Politik

Pembayaran kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok masih belum diselesaikan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang kalah dalam kes saman fitnah sebelum ini.

Jamal yang juga Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor itu masih belum membayar sebanyak RM351,479.45 termasuk faedah penghakiman kepada wakil rakyat DAP dan bakal berdepan tindakan bankrap.

Peguam Kok, SN Nair dan Jaden Phoon menurut laporan FMT bakal mengambil tindakan menfailkan notis bankrap selepas Jamal gagal perintah Mahkamah Tinggi yang diputuskan pada 26 Julai lalu.

“Sehingga hari ini, saya tidak menerima apa-apa daripadanya,” katanya kata Kok.

Pada Julai, Pesuruhjaya Kehakiman Arief Emran Arifin, memutuskan Jamal bertanggungjawab memfitnah Kok pada sidang media pada 8 Mac 2017, dan memerintahkan membayar RM300,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada Kok.

Mahkamah turut memerintahkan Jamal membayar kos RM50,000 kepada Kok.

Kok memfailkan saman terhadap Jamal, pada 2017, selepas menuduhnya menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Warga Emas kerajaan negeri.

Beliau menegaskan, kenyataan Jamal menimbulkan tanggapan bahawa beliau telah menggunakan dana kerajaan negeri untuk dirinya, sekali gus, memaparkannya individu tidak beretika.

Pada 26 Julai, Kok juga merujuk bagaimana siasatan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Jamal membuat laporan terhadapnya.

“Mereka serbu pejabat saya dan ambil semua fail saya. Saya dan pembantu disoal siasat beberapa kali dan kami terpaksa jawab pelbagai soalan.

“Kami terpaksa lalui seksaan sebegini hanya kerana Jamal buat laporan terhadap saya.”

Berita berkaitan
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
3 jam lalu· Politik
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
4 jam lalu· Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
18 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
22 jam lalu· Politik
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
22 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023 · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
June 9, 2023 · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023 · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
June 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok