Jalankan kajian pilih masa sesuai mengadakan PRU-15: Shahidan

September 19, 2022 · Politik

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim menyarankan satu kajian dilakukan bagi mengenal pasti masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau, berkata kejadian banjir yang dijangka melanda pada penghujung tahun ini mungkin memberi impak kepada kehadiran pengundi jika PRU dijalankan, menurut laporan Bernama.

“Ada keperluan untuk satu kajian mendalam dibuat, sama ada patut diadakan pilihan raya tahun ini atau tahun depan. Jika Parlimen dibubarkan dan banjir melanda beberapa negeri, pastinya kita memerlukan caretaker atau kerajaan sementara untuk tangani isu berkaitan banjir.

“Justeru terdapat kebaikan dan keburukan dalam mengadakan pilihan raya tahun ini dan tahun depan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail, di Labuan hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias.

Dalam perkembangan berkaitan, Shahidan berkata, enam daripada tujuh kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan yang dimenangi UMNO, masih boleh dipertahankan parti itu pada pilihan raya akan datang.

Kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, membabitkan Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, selain Parlimen Labuan dan Putrajaya.

Beliau juga mengajak anggota UMNO pada semua peringkat mestilah memberi maklum balas bagi mematahkan elemen negatif dalam pelbagai platform media sosial yang boleh menjejaskan kekuatan parti.

“Satu pasukan khas, yang diberi tugas untuk menjawab dan memberi maklum balas kepada fitnah yang dilemparkan terhadap UMNO, telah menjalankan peranan mereka,” katanya. – BERNAMA

Berita berkaitan
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
8 jam lalu· Politik
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
10 jam lalu· Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
14 jam lalu· Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022· Politik
Popular
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
September 26, 2022
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
September 26, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022
Lagi Politik terkini
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
5 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
19 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
September 25, 2022 · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022 · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
September 25, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok