Itu pandangan peribadi Takiyuddin, bukan pendirian PAS: Majlis Syura

November 15, 2022 · Politik

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengingatkan bahawa perkara membabitkan hubungan antara parti itu dengan pihak lain, termasuk Barisan Nasional (BN), mesti diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Menurutnya setakat ini Majlis Syura Ulama melihat kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai pandangan peribadinya.

Katanya andaian PAS mungkin bergabung dengan BN jika tidak mendapat majoriti penuh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekadar pandangan peribadi dibuat Takiyuddin dan bukan atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung PAS..

“Kenyataan ini perlu dibezakan dan ia kenyataan biasa yang kadang kala dimanipulasikan sesetengah pihak.

“Itu adalah andaian peribadi beliau (Takiyuddin) dan tidak ada sebarang keputusan dibuat sama ada di dalam PAS mahupun dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Kelantan, di Kota Bharu hari ini (15 November 2022).

Media melaporkan, PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN pada PRU-15.

Sementara itu, Takiyuddin dalam kenyataan terbaharunya berkata apa yang disebutnya berhubung penggabungan Perikatan Nasional dan BN selepas PRU-15 telah diambil di luar konteks dan tajuk berita itu juga mengelirukan pengundi.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya berkeyakinan penuh Perikatan Nasional akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada Perikatan Nasional.

“Kami percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema Perikatan Nasional iaitu Prihatin, Stabil dan Bersih.

“Dengan kenyataan yang jelas ini maka sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit dan kami di Perikatan Nasional berkeyakinan akan membentuk kerajaan bersendirian selepas PRU-15,” kata Takiyuddin.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
15 minit lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
47 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
58 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok