Isu usul tiada pertandingan, Zahid kata kuasa menteri adalah muktamad

March 8, 2023 · Politik

Susulan kontroversi tular surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kuasa menteri adalah muktamad dan tidak perlu dipertikaikan.

Presiden UMNO itu berkata tidak perlu dipertikaikan lagi berhubung isu keabsahan usul tambahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, ia selepas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution menggunakan kuasanya untuk mengecualikan tindakan terhadap parti itu semalam.

“Tugas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) adalah untuk menjaga kepentingan ahli mana-mana badan yang berdaftar dengan RoS, dan kepentingan ahli itu mengikut sebagai mana yang termaktub dalam perlembagaan.

“Maka dalam hal ini kuasa menteri adalah kuasa muktamad untuk menentukan keabsahan Perhimpunan Agung UMNO 2022,” katanya dipetik laporan Bernama malam tadi.

Zahid semalam berucap semasa sesi pengenalan calon pemilihan UMNO di Kota Kinabalu, Sabah.

Saifuddin semalam dilaporkan berkata KDN memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Saifuddin berkata pihaknya telah merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO mengenai usul tambahan itu dan memberi pengecualian berdasarkan Seksyen 70 Akta 832.

Bagaimanapun, pertikaian timbul susulan pendedahan surat awal RoS dihantar kepada UMNO yang sememangnya memutuskan bahawa keputusan dibuat semasa Perhimpunan Agung 2022 lalu untuk tidak mempertandingkan pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden adalah tidak sah.

Malah, seorang Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mahu mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat esok berkait surat yang didakwa daripada RoS mengenai pemilihan UMNO.

Menurutnya usul tergempar itu akan dikemuka mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi penjelasan mengenai kesahihan kandungan surat tersebut.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
16 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
23 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok