Isu tokong di MoF: Guan Eng mahu saman Tajuddin

October 27, 2022 · Politik

Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng hari ini (27 Oktober 2022) berkata beliau akan menyaman Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman atas tuduhan beliau telah menjadikan Kementerian Kewangan (MoF) sebagai tokong Cina ketika menjadi menteri kewangan.

Guan Eng berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat kepada pemimpin UMNO yang kontroversi itu kerana komennya yang didakwa berunsur fitnah ketika wawancara dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

“Saya perlu mengambil tindakan untuk menyaman dia kerana fitnah. Apa yang dia katakan adalah fitnah… jadi saya bukan sahaja menuntut untuk memohon maaf, mungkin lebih daripada itu, tetapi kerana fitnah itu atas platform nasional,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Pulau Pinang.

Guan Engpada awalnya mempertimbangkan untuk membuat laporan polis, tetapi menjelaskan beliau tidak yakin polis akan menyiasat perkara itu, menurut MalayMail.

Dalam sesi temu bual secara langsung itu, Tajuddin mendakwa semasa pentadbiran Pakatan Harapan, pejabat MoF dihiasi dengan tanglung seperti tokong Cina malah ada kakitangannya yang pergi bekerja memakai seluar pendek.

Dakwaan palsu Tajuddin tidak dicabar oleh sesiapa pun dalam rancangan itu.

Lim juga menafikan terdapat kakitangan yang memakai seluar pendek untuk bekerja.

“Kami hanya memasang tanglung semasa Tahun Baru Cina, sama seperti kami memasang hiasan ketupat semasa Hari Raya dan kolam semasa Deepavali,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa hiasan itu hanya untuk musim perayaan dan bukan ciri kekal.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi isu perkauman dan agama digunakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kita sepatutnya memberi tumpuan kepada ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit yang menjejaskan sara hidup dan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022· Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
November 30, 2022· Politik
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022· Isu semasa
Jangan masukkan pemimpin kluster mahkamah dalam Kabinet, kata Bersih kepada Anwar
November 28, 2022· Isu semasa
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok