Isu Sulu: Laporan polis serentak pemimpin PKR terhadap Najib

July 19, 2022 · Politik

Pemimpin PKR hari ini bertindak membuat laporan polis serentak terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menjadi punca berhubung isu tuntutan daripada waris keturunan Sulu.

Menurut laporan, hampir 12 lebih laporan polis sudah dibuat terhadap Najib yang didakwa PKR cuai sehingga menjadi punca terpaksa berdepan tuntutan kira-kira RM67.5 bilion daripada waris keturunan Sulu.

Laporan itu hadir selepas Dewan Rakyat semalam juga menolak usul untuk membahaskan isu sama tetapi ditolak oleh Speaker sehingga mencetuskan ketegangan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata laporan polis itu berkait satu dakwaan kecuaian Najib dalam isu penyelesaian tuntutan waris Sultan Sulu yang dilihat sudah menampakkan kesan selepas dua aset PETRONAS di Azerbaijan disita dan diambil alih.

Beliau berkata, menerusi laporan polis itu, pihaknya berharap Najib disiasat mengikut Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) dan peraturan yang mengikat seorang pejawat awam semasa dalam perkhidmatan untuk menentukan unsur kecuaian yang dilakukan oleh Najib dalam menangani isu itu.

“Ramai Ahli Parlimen dan juga rakyat Malaysia risau mengenai aset negara kita yang disita, diambil, dirampas oleh mana-mana pihak. Justeru, kita perlukan jawapan yang jelas, bukan sahaja di Parlimen tetapi oleh pihak kerajaan.

“Maka, hari ini kami keluar beramai-ramai membuat laporan polis dan di Balai Polis Pantai sahaja, kita buat empat laporan polis.

“Kita memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan segera kerana kita lihat tindakan pengambilalihan aset negara yang berlaku sekarang, kita tidak mahu lebih banyak aset

negara diambil sedemikian rupa,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, membuat laporan polis di Balai Polis Setiawangsa pada jam 11 pagi tadi.

Laporan polis turut dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Pada 12 Julai dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh kumpulan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok