Isu peruntukan: Pembangkang hargai kenyataan Tengku Hassanal

May 9, 2023 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pahang menyambut baik titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan Pahang memberikan peruntukan adil kepada ADUN pembangkang di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesemua ADUN yang memenangi pilihan raya lalu merupakan pilihan rakyat dan kerajaan negeri perlu menghormati perkara itu.

“Kita merakam penghargaan yang tinggi kepada Tuanku. Secara tak langsung, satu arahan dikeluarkan kepada pihak kerajaan supaya menyalurkan peruntukan kepada semua ADUN.

“Tuanku sebut, kami (Adun pembangkang) dipilih oleh rakyat dan hormati pilihan rakyat,” katanya lapor HarakahDaily, hari ini.

Pada 3 Januari lalu, pembangkang mendakwa dianaktirikan kerajaan negeri Pahang selepas tidak menerima sebarang peruntukan.

Pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan semalam, baginda bertitah landskap politik perlu berubah.

“(Tempoh) 66 tahun ini sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.

“Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka (pembangkang) juga,” titah baginda.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berkat peruntukan itu sangat penting kepada wakil rakyat bagi menyelesaikan pelbagai isu dalam kawasan seperti bencana dan sebagainya.

“Kita katakanlah jika berlaku ribut di suatu kawasan, mangsa akan datang ke pusat khidmat jadi dana perlu disalurkan segera.

“Bukan salur secara terus kepada ADUN, ia disalurkan kepada pejabat daerah cuma geran sahaja kita minta diserahkan kepada kita. Bukan dalam bentuk wang tunai.

“Tapi semua projek segera itu akan diaudit termasuk peruntukan RM5,000 bagi sumbangan hari raya sebelum ini, kami sediakan laporan lengkap supaya tidak timbul berlakunya penyelewengan,” katanya.

Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
1 jam lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
1 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
2 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
4 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok