Isu kerjasama tubuh kerajaan: Zahid kata BN sedia lakukan apa sahaja

November 5, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akhirnya mengakui Barisan Nasional (BN) mungkin terpaksa bekerjasama dengan ‘gabungan’ lain sekiranya gagal membentuk kerajaan majoriti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini.

Pengakuan beliau seakan mengiyakan kenyataan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, berhubung kerjasama yang mungkin dijalin BN dengan Pakatan Harapan (PH).

Susulan kenyataan Muhyiddin dan Hadi, Zahid kemudian menafikan BN akan bekerjasama dengan parti cikgunya sekiranya jumlah kerusi dimiliki kedua-dua parti boleh membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, dalam temu bual bersama NSTP Multimedia hari ini (5 November 2022) Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN itu berkata BN bersedia untuk “apa jua kaedah” asalkan ia boleh membentuk kerajaan yang stabil dari segi politik.

“Masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu, (namun) kami bersedia melakukan apa sahaja untuk membentuk kerajaan yang stabil dari segi politik.

“Kita tidak mahu melihat tiga atau empat perdana menteri dalam satu penggal. Rakyat akan menjadi mangsa. Jadi ‘kaedah’ itu perlu sesuatu yang dibangunkan dengan baik,” katanya menurut NST.

Zahid berkata walaupun terdapat lima gabungan lain iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gerakan Tanah Air (GTA), beliau yakin BN akan mengambil Putrajaya selepas PRU-15 kerana rekod prestasinya yang baik.

“Kita mempunyai enam gabungan di negara ini – BN, PH, PN, GRS, GPS dan GTA – jadi pengundi mempunyai lebih banyak pilihan sekarang.

“Tetapi lihat rekod prestasi mereka. BN memerintah negara selama lebih 60 tahun dan ia adalah parti yang tidak mudah dilupakan oleh rakyat,” katanya.

Ditanya gabungan mana yang akan bekerjasama dengan BN, Zahid berkata ia akan menjadi gabungan yang tidak “chauvinis”.

“Mereka perlu berfikiran terbuka dan fokus dalam melaksanakan agenda nasional. Rakyat telah diseksa pada penggal lalu. Kita perlu menyelesaikan keadaan dengan memberikan mereka kerajaan yang stabil.

“Kerajaan yang boleh menyediakan peluang pekerjaan, makan di atas meja dan wang di dalam poket. Inilah yang rakyat mahukan,” katanya.

“Makanan di atas meja” adalah ungkapan yang sering dilaung-laungkan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu bagi menunjukkan keprihatinan Perikatan Nasional terhadap nasib rakyat.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata Zahid sanggup untuk bersekongkol dengan Anwar dan juga DAP jika jumlah itu membolehkan mereka membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Anwar jadi Perdana Menteri, Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri… dan dia akan berusaha untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan di mahkamah. Itu adalah bentuk jajaran baru untuk boleh berkuasa supaya dengan kuasa itu dapat membebaskan diri mereka daripada segala bentuk pertuduhan,” katanya lagi.

Hadi pula sebelum ini, mendedahkan satu muslihat antara BN dan PH dalam menghadapi PRU-15 pada 19 November ini iaitu UMNO akan memastikan BN menang kurang kerusi untuk memberi laluan kemenangan besar kepada PH dalam pilihan raya ini.

Menurutnya strategi berkenaan bertujuan memudahkan proses penggabungan antara BN dan PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU-15 ini.

Beliau juga mendakwa bahawa objektif akhir pelan bijak itu adalah untuk menyelamatkan mereka, khususnya pemimpin BN, yang menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok