Isu empat pembantu menteri sokong Bung dalam perhatian, kata Hajiji

January 14, 2023 · Politik

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tidak ambil pusing kenyataan terbahru Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung kemelut politik di negeri itu yang didakwanya belum berakhir.

Malah, Hajiji berkata itu adalah pendapat yang diberikan Bung Moktar sendiri.

“Itu dia yang cakap,” katanya menyindir ringkas.

Bung Moktar dalam satu kenyataan semalam berkata pergolakan politik di Sabah berterusan walaupun kelihatan semakin reda.

“Politik tidak berkesudahan. Walaupun nampak tenang di Sabah buat masa ini, pergolakan masih belum selesai kerana pembentukan kerajaan negeri pada awalnya adalah antara Umno dan Perikatan Nasional,” katanya merujuk kepada perjanjian yang dibuat selepas pilihan raya negeri 2020 antara Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional (BN).

“Ini terus menjadi persoalan jadi, (jika) orang nak main politik, kita main politik, tak apa,” kata Bung Moktar.

Sementara itu, memetik laporan The Star, Haji masih belum membuat keputusan mengenai nasib empat pembantu menteri daripada UMNO dalam Kabinet negerinya.

Hajiji dilaporkan berkata beliau memerlukan masa untuk memikirkan tindakan seterusnya ke atas keempat-empat mereka, yang telah memihak kepada Bung Moktar berhubung krisis politik Sabah baru-baru ini.

“Beri saya ruang untuk berfikir bagaimana untuk mentadbir negeri ini dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen Yayasan Universiti Kolej Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu (14 Januari 2023).

“Saya perlu melihat semua aspek dalam perkara itu. Jadi, jangan risau. Kami akan mengambil tindakan sewajarnya. Apa yang penting adalah keutamaan untuk negeri dan rakyat,” tambah Pengerusi GRS itu.

Empat pembantu menteri daripada UMNO Sabah yang statusnya dipersoalkan berikutan rombakan Kabinet negeri ialah Mohd Tamin Zainal (Pembangunan Perindustrian); Mohamad Hamsan Awang Supain (Kerajaan Tempatan dan Perumahan); Harun Durabi (Pembangunan Luar Bandar); dan Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy (Belia dan Sukan).

Mereka adalah antara 13 ADUN yang berpihak kepada Bung Moktar berhubung tindakan menarik sokongan daripada kerajaan GRS pada 6 Januari lalu, tetapi ‘Langkah Kinabalu’ itu gagal menumbangkan kerajaan Hajiji.

Lima lagi ADUN UMNO Sabah memberikan sokongan mereka kepada Hajiji berhubung kemelut politik , sekali gus menyaksikan beliau kekal sebagai Ketua Menteri.

Mereka ialah Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat); Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin); Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk Arsad Bistari (Tempasuk); dan Datuk James Ratib (Sugut).

Shahelmey sejak itu telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, menggantikan Bung Moktar, dan Ratib pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dalam Kabinet Hajiji yang dirombak, manakala Yusof dinamakan pengerusi cabang pelaburan negeri Qhazanah Sabah Berhad.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Yakubah Khan dan Setiausaha UMNO negeri Datuk Jafry Ariffin digugurkan daripada Kabinet selepas menyokong Bung Moktar.

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
54 minit lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
1 jam lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
8 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
21 minit lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
1 jam lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
2 jam lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
3 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok