Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin

March 27, 2023 · Politik

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng hari ini memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah yang mengaitkannya berhubung pembatalan pengecualian cukai ke atas Yayasan Albukhary.

Lim, 62, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Guok Partnership di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Muhyiddin, 75, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebagai defendan tunggal, menurut laporan Bernama.

Dalam pernyataan tuntutan, bekas Menteri Kewangan itu mendakwa Muhyiddin telah mengeluarkan tiga kenyataan memfitnah membabitkan plaintif dengan isu pembatalan pengecualian cukai ke atas yayasan itu pada 9, 11 dan 12 Mac lepas di laman Facebook milik defendan, yang kemudiannya diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita pada hari sama.

Menurut Lim, kenyataan fitnah berkenaan sengaja dibuat selepas Muhyiddin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac dan dibebaskan pada hari sama (9 Mac) kerana beliau mengetahui bahawa semua perhatian media dan akhbar tertumpu kepadanya.

Pengerusi DAP itu mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau bersifat perkauman, anti-Melayu dan anti-Islam serta sengaja mensabotaj Yayasan Albukhary selain enggan membenarkan pengecualian cukai ke atas yayasan tersebut ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 2018 hingga 2020.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa kenyataan fitnah tersebut juga bermaksud beliau telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan apabila yayasan kebajikan tersebut tidak patut dikenakan cukai.

Lim menuntut supaya defendan memohon maaf dan menarik kesemua kenyataan terbabit dan menerbitkan permohonan maaf dalam akaun Facebook dan Twitter miliknya serta menyiarkan permohonan maaf itu dalam beberapa akhbar dan portal berita di negara ini, dalam masa tujuh hari dari tarikh penghakiman.

Turut dipohon ganti rugi am, teruk dan punitif yang akan ditentukan oleh mahkamah serta perintah injunksi menghalang Muhyiddin atau ejennya daripada mengeluarkan atau menerbitkan semula kenyataan fitnah atau apa-apa perkataan fitnah yang serupa.

mahkamah, saman, Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin, batal, pengecualian cukai, Yayasan Albukhary

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu· Politik
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
10 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
25 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok