Isu banjir Shah Alam ditangani jika PN bentuk kerajaan: Dr Afif

November 13, 2022 · Politik

Isu banjir yang melanda ibu negeri Selangor, Shah Alam, akan ditangani dan cuba diselesaikan sekiranya Perikatan Nasional (Perikatan) dipilih menjadi Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini.

Calon Perikatan Parlimen Shah Alam Dr Afif Bahardin pada masa sama berkata dinding pemisah antara agensi kerajaan dan rakyat perlu diruntuhkan supaya segala permasalahan dapat diselesaikan secara bersama.

“Ia bukan soal peruntukan atau projek, tetapi setiap agensi baik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kerajaan negeri dan Persekutuan, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), NGO, pihak swasta serta masyarakat perlu duduk sekali bincang bagaimana kita mencari solusi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda Awani Malaysia Memilih, semalam.

Menurutnya apabila bercakap mengenai Shah Alam masalah yang sering dibangkitkan ialah bekalan air dan banjir.

“Oleh itu setiap agensi kerajaan tidak boleh bekerja dalam kepompong sendiri dan harus saling melengkapi supaya masalah ditangani dengan cekap,” katanya.

Dr Afif memaklumkan pihaknya sudah mula berjumpa dengan JPS dan dimaklumkan tentang beberapa fasa perancangan naik taraf Sungai Damansara dan penyelesaian banjir di Sri Muda serta Kota Raja.

Begitupun tegas beliau, walaupun sudah ada peruntukan untuk projek-projek tersebut dilaksanakan, perlunya komiten kerajaan dan beliau akan memastikan bajet itu benar-benar disalurkan untuk projek tersebut.

Pada masa sama, Dr Afif juga mahu memberi tumpuan untuk menjadikan Shah Alam bandar yang kalis masa depan, yang diumumkan dalam manifestonya untuk dinilai pengundi kawasan ini.

“Jadi ini memerlukan kerjasama semua pihak, sebab itu tema yang saya bawa ini sebenarnya adalah inklusiviti.

“Saya nak ajak semua warga Shah Alam berhubung dengan saya, jadikan saya sebagai platform untuk saya berhubung dengan agensi dan kerajaan untuk kita dapatkan maklumat, peruntukan dan penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi warga Shah Alam,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Lagi Politik terkini
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
4 minit lalu · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok