Isu audio Zahid, Reezal Merican gesa segerakan pemilihan UMNO

April 8, 2021 · Politik

Pemilihan UMNO perlu disegerakan bagi menamatkan spekulasi yang terpalit dengan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ekoran penularan klip audio baru-baru ini, gesa Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata pemilihan parti adalah jalan keluar bagi merungkai kemelut dalaman melanda UMNO yang berpunca daripada Zahid dan ia perlu diadakan dengan segera.

“Pemilihan adalah satu jalan keluar yang saya fikir cukup demokratik. Jika Presiden dulu diberi mandat secara demokratik dan kalaulah buat pemilihan semula atau sudah ada pilihan lain, biarlah proses demokrasi juga yang menjadi penentu pemilihannya,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Pada masa sama, Reezal Merican juga mahu pemilihan UMNO dijalankan tahun ini kerana beranggapan masanya telah tiba untuk akar umbi memilih mandat baharu bagi mengemudi parti itu.

Zahid kini berdepan kecaman daripada pemimpin akar umbi UMNO yang secara terbuka mendesaknya supaya meletak jawatan selepas penularan klip audio tersebut.

Beberapa pemimpin utama UMNO sudah mendesak Zahid meletak jawatan secara terbuka, antaranya veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz dan beberapa pemimpin bahagian yang lain.

Zahid sudah membuat penafian dan juga mengarahkan satu laporan polis dibuat bagi mencari dalang yang menularkan klip audio tersebut.

Semalam, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok