Isu agihan kerusi, kerjasama parti lain ditentukan selepas pengumuman SPR

October 15, 2021 · Politik

Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia bergantung kepada keputusan dan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada Isnin depan, lapor Berita Harian.

“Hari ini kita ada banyak mesyuarat. Petang tadi ada mesyuarat Biro Politik. Malam ini mesyuarat MT. Sudah tentu banyak perkara dibincangkan. Antaranya mengenai PRN DUN (Dewan Undangan Negeri) Melaka.

“(Agihan kerusi dan kerjasama dengan parti politik lain) akan ditentukan kemudian, pada mesyuarat akan datang. Kita tunggu pengumuman SPR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu agihan kerusi dan kerjasama di antara parti membabitkan PAS dan Bersatu dibincangkan pada mesyuarat berkenaan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen (MP) Pontian terbabit berkata, UMNO mengarahkan jentera parti di setiap peringkat supaya membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRN Melaka.

“Dalam mesyuarat tadi, MT juga mengesahkan pengguguran keahlian Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang sebelum itu adalah ahli UMNO di Bahagian Tangga Batu.

“Selain itu, MT turut menyokong keputusan dibuat kerajaan baru-baru ini berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas siasatan kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim; semakan semula berkenaan kes Pulau Batu Puteh dan siasatan mengenai dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas,” katanya.

Katanya, MT turut membuat keputusan persidangan UMNO cawangan akan diadakan di 191 bahagian mulai 15 Oktober hingga 30 November ini.

“Diharapkan supaya mesyuarat cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri dapat berjalan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” ujarnya lagi. 

Berita berkaitan
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
5 jam lalu· Politik
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
14 jam lalu· Isu semasa
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
August 9, 2022· Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022· Politik
Popular
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
15 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022 · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
August 9, 2022 · Politik
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
6 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok