Ismail serah pada Zahid selesaikan kemelut Melaka

Datuk Seri Ismail Sabri menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelesaikan isu pergolakan Kerajaan Negeri Melaka.

Perdana Menteri berkata, ini kerana isu berkenaan melibatkan urusan parti dan beliau difahamkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sudah mengadakan perbincangan dengan Ahmad Zahid.

“Isu (Kerajaan Negeri) Melaka ini saya serahkan kepada Presiden UMNO untuk menyelesaikannya. Lagipun ini melibatkan urusan parti,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah tumbang kerana hilang sokongan majoriti selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan penarikan sokongan mereka terhadap Kerajaan Negeri Melaka.

Mereka ialah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Ismail Sabri berkata, beliau memahami kegusaran rakyat jika berlaku sekali lagi pilihan raya negeri (PRN) seperti di Sabah kerana ia menjadi punca peningkatan semula kes Covid-19.

BERITA BERKAIT
POPULAR