Ismail Sabri tak jadi PM lepas PRU-15 kecuali ikut Kluster Mahkamah: Prof James Chin

April 16, 2022 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mungkin diberikan jawatan Perdana Menteri (PM), kecuali beliau menyertai dan mengikut kata kem Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas PM Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Asia Institute University of Tasmania, Australia, Prof James Chin berpendapat Ismail Sabri tidak akan menjadi PM selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

“Ismail Sabri tidak mungkin diberikan jawatan itu melainkan dia bersama Zahid dan Najib.

“Saya tidak fikir Ismail Sabri akan menjadi perdana menteri selepas pilihan raya, melainkan dia bersetuju untuk mengalah dengan apa yang Najib dan Zahid… apa yang semua kluster mahkamah mahukan,” katanya seperti dilapor Mkini.

James merujuk kepada beberapa pemimpin UMNO yang sedang berdepan perbicaraan di mahkamah dan dakwaan bahawa pemimpin tertentu dalam UMNO mahu kes jenayah mereka digugurkan dengan memenangi PRU15.

“Jika dia (Ismail) bersama mereka, maka mereka mungkin mempertimbangkannya, tetapi sangat tidak mungkin,” tambah James lagi.

James juga menegaskan bahawa janji-janji politik, tidak semestinya ditunaikan dengan mengambil contoh janji bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan kuasa kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sebelum ini.

Khamis lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebulat suara mencadangkan agar Ismail Sabri menjadi calon perdana menteri bagi menghadapi PRU-15 akan datang.

Keputusan itu sekali gus akan menyaksikan Ismail Sabri akan diangkat sebagai ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 ini.

Sementara itu, menurut Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun, beliau percaya sebab utama kepimpinan UMNO menamakan Ismail Sabri adalah supaya PRU-15 dapat dipercepatkan.

Beliau juga percaya apa yang berlaku selepas pilihan raya negeri Johor pada Mac lalu boleh berulang semula pada PRU15.

“(Mereka) berkemungkinan meniru saga Menteri Besar Johor di peringkat nasional, walaupun alasannya mungkin sama atau tidak. Perkara utama adalah untuk mengasak dia supaya mempercepatkan pilihan raya,” katanya.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
9 jam lalu· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
17 jam lalu· Politik
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
17 jam lalu· Politik
UMNO, DAP, PKR alliance – Towards marital bliss or total disaster?
17 jam lalu· Rencana
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
10 jam lalu · Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
11 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
11 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
14 jam lalu · Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok