Ismail Sabri tak hadir mesyuarat MT UMNO malam ini?

June 24, 2022 · Politik

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak dihadiri Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menurut maklumat daripada sumber dalaman parti.

Sumber memberitahu Perdana Menteri tidak dapat hadir ke mesyuarat yang akan dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memandangkan perlu menghadiri urusan program kerajaan yang lain, bagaimanapun mungkin akan turut serta dalam mesyuarat secara atas talian.

Dalam pada itu, sumber turut mendedahkan Ismail Sabri bersama seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid juga tidak menghadiri mesyuarat Top 5 petang tadi.

Mesyuarat MT malam ini akan diadakan sejurus penyingkiran Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan bakal digantikan dengan pengikut setia Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil.

Untuk rekod, Isham yang juga bekas pegawai khas Najib sebelum ini dipecat sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor tetapi dijemput menghadiri mesyuarat MT malam ini.

Tajuddin yang dianggap sebagai budak Ismail Sabri dan lantang mempertahankannya dalam mesyuarat MT terdahulu.

Terdahulu, Zahid berkata parti akan membuat keputusan yang amat mustahak berhubung berkait keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas sebelum ini serta pendirian terbaru parti itu berkaitan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Kita tahu bahawa PAU lalu sudah ambil ketetapan bahawa ‘Top Five’ diberikan mandat untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan beberapa langkah pilihan (ke arah PRU ke-15).

“Mesyuarat MT malam ini menjadi penting bagi menterjemahkan keputusan PAU yang bukan saja sudah memutuskan beberapa perkara yang termaktub dalam usul-usul, tetapi juga mengenai ketetapan dibuat dalam PAU Khas,” katanya.

UMNO akan mengadakan Mesyuarat MT malam ini, dijangka Ismail Sabri bakal menerima tekanan sekali lagi supaya membubarkan Parlimen dengan segera.

PAU Khas UMNO sebelum ini meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO bagi membenarkan parti itu diberi pilihan untuk mengadakan pemilihannya enam bulan selepas PRU.

Sementara PAU yang berlangsung pada Mac lalu pula, antara lain memutuskan usul, bahawa tempoh masa sesuai untuk diadakan PRU ke-15 akan dibincang dan diputuskan dalam ‘Top Five’ UMNO, yang turut disertai Ismail Sabri selaku Naib Presiden.

Dalam pada itu, ditanya media sama ada MT malam ini akan memutuskan bahawa pemilihan parti akan dibuat selepas PRU ke-15, beliau berkata, akan diketahuinya dalam kenyataan media malam ini.

“Tunggulah sehingga kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat malam ini,” katanya.

Berita berkaitan
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
15 jam lalu· Politik
Soal keselamatan diteliti sebelum audit skandal LCS didedahkan: Wan Junaidi
18 jam lalu· Isu semasa
Zahid ajak akar umbi pertahan ‘Raja Media Sosial’ Najib
20 jam lalu· Politik
Tolong buktikan pemimpin UMNO terlibat dalam skandal LCS, kata Pemuda
23 jam lalu· Politik
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
August 17, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
August 17, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
12 jam lalu · Politik
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
14 jam lalu · Politik
‘Mengarut Ismail Sabri desak pegawai awam pertahan kerajaan dia’
18 jam lalu · Politik
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
21 jam lalu · Politik
RUU sumbangan politik larang terima dana dari firma dapat kontrak kerajaan
August 16, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok