Ismail Sabri tadbir dengan baik, tak perlu PRU-15 diawalkan: Nazri

May 4, 2022 · Politik

Seorang veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) lebih awal memandangkan kerajaan sekarang ditadbir dengan baik.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata kerajaan dipimpin Perdana Menteri Datuk (PM) Seri Ismail Sabri Yaakob masih stabil dan langkah mengadakan PRU-15 awal hanya akan memperlihatkan sikap UMNO yang sengaja mahu negara kucar-kacir.

“Kita kena ingat, apapun, titah daripada Yang di-Pertuan Agong itu memang ada, mahukan kerajaan yang stabil, mahu negara stabil.

“Kalau kita langgar titah ini maka betullah anggapan orang, kita nak mengkucar-kacirkan keadaan yang sedang stabil sekarang, kenapa perlu kucar-kacir di waktu aman dan stabil, sekarang tidak ada apa-apa masalah.

“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mentadbir dengan baik, tidak ada masalah.

“Saya lihat alasan yang diberikan itu spekulasi sahaja atau pun diada-adakan sahaja,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Jelas Nazri, sekiranya UMNO berdegil berterusan mendesak Ismail Sabri membubarkan Parlimen, ia secara tidak langsung UMNO sendiri yang akan menjatuhkan PM daripada parti sendiri.

“Pemulihan ekonomi negara kita belum lagi selesai, baru nak steady. Jadi pada waktu ini kita mendesak supaya diadakan PRU nampaklah kita yang mengkucar-kacirkan.

“Lebih teruk lagi ialah kalau kita desak PRU-15 dan jatuhkan kerajaan yang ada ini, kita menjatuhkan seorang perdana menteri yang datang daripada kalangan kita,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Ismail Sabri kini baharu sahaja sembilan bulan menjadi PM sejak dilantik tahun lalu, namun ketika ini sedang menerima tekanan daripada pemimpin kanan dalam UMNO sendiri.

Majlis Tertinggi UMNO pada 11 April lalu menamakan Ismail Sabri secara rasmi sebagai calon PM bagi Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, UMNO meletak syarat kepada Ismail Sabri supaya tidak menyambung memorandum persefahaman (MoU) yang dimerterai dengan pembangkang pada 31 Julai ini, ia selepas setahun ditandatangani tahun lalu.

Selain itu, UMNO juga cuba untuk menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti daripada diadakan pada akhir tahun ini, kepada tarikh enam bulan selepas PRU diadakan.

Ini dilihat secara meluas sebagai cubaan untuk mengekalkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti itu.

Berita berkaitan
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
6 minit lalu· Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
15 minit lalu· Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
48 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
4 jam lalu· Politik
Popular
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
June 8, 2023
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
4 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
5 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
6 jam lalu · Politik
Kenapa DAP minta maaf kepada GPS boleh, tapi UMNO tak boleh? soal Akmal
7 jam lalu · Politik
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok