Ismail Sabri ‘poster boy’, boleh jadi Zahid PM jika BN menang: Laporan

September 19, 2022 · Politik

Ungkapan beberapa kali Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan jaminan beliau kekal sebagai Perdana Menteri selepas gabungan itu menang.

Memetik BH, Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata tiada inisiatif jelas dilihat dalam menjadikan Ahli Parlimen Bera itu sebagai bakal Perdana Menteri.

“Persoalannya adakah Zahid akan menepati janji? Ini bukan jaminan yang wajib dilaksanakan sebab antara Zahid dan Ismail Sabri, tidak ada usaha atau inisiatif ketara dibuat supaya Ismail Sabri dilihat sebagai bakal Perdana Menteri selepas PRU-15.

“Sebagai contoh, apa salahnya Zahid serahkan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada Ismail Sabri kerana beliau adalah Perdana Menteri ketika ini.

“Selepas itu, bincangkan pelan peralihan kuasa Ismail Sabri sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang,” katanyadipetik sebagai berkata hari ini.

Semalam, Zahid yang juga Pengerusi BN mengesahkan Ismail Sabri kekal sebagai ‘poster boy’ calon Perdana Menteri BN pada PRU-15 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan Ismail Sabri akan dipilih sebagai Perdana Menteri jika parti itu memenangi PRU-15.

Mazlan berkata, jaminan Ismail Sabri sebagai bakal Perdana Menteri penting kerana beliau perlu diberi peranan yang bukan sekadar memimpin gabungan BN tetapi juga dalam urusan berkaitan pilihan raya.

“Katakanlah BN menang besar pada PRU-15, sebagai Presiden UMNO dan ketua parti majoriti, Zahid sepatutnya menjadi Perdana Menteri.

“Justeru, buat apa lantik seorang Naib Presiden sebagai Perdana Menteri, itu logik yang jelas.

“Jadi seperti apa yang berlaku di Johor, akhirnya bekas Menteri Besar tak dilantik (semula), orang lain yang tak dijangka pula dilantik sebagai Menteri Besar.

“Saya fikir Ismail Sabri pun memahami situasinya sekarang,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata walaupun Ismail Sabri diangkat sebagai ‘poster boy’ BN, kuasa menentukan pelantikan Perdana Menteri adalah Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya, ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sama seperti isu pelantikan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

“Parti boleh mencadangkan tetapi terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menentukannya. Jadi untuk masa sekarang memang kita tak hairan ‘poster boy’ adalah Ismail Sabri.

“Tidak salah parti mencalonkan siapa, sesuai dengan prinsip berparti, prinsip berpolitik dan sebagainya tetapi akhirnya ada ruang dalam Perlembagaan Negara yang perlu dipatuhi iaitu budi bicara Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Berita berkaitan
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
9 jam lalu· Politik
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
11 jam lalu· Politik
Andai bubar esok pun kita sudah bersedia, kata Hishammuddin
13 jam lalu· Politik
Dua tiga hari lagi PAS tentukan sama pilih BN atau PN, kata AJK Pusat
18 jam lalu· Politik
Popular
Buat PRU-15 semasa banjir, PKR akan sumbat pemimpin UMNO masuk penjara
September 12, 2022
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
October 6, 2022
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
October 5, 2022
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
October 5, 2022
Lagi Politik terkini
Manifesto PN rangkumi semua perkara dijanji dan dilaksana: Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
Zahid kata pembangkang guna alasan Deepavali pula elak PRU
8 jam lalu · Politik
PN perlu pastikan anak muda keluar buang undi, kata Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
PAS ada pelan kedua penyatuan ummah, kata Tuan Ibrahim
11 jam lalu · Politik
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
11 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok