Ismail Sabri, PN sudah bertemu

August 13, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beliau sudah mengadakan pertemuan dengan wakil Perikatan Nasional (PN) pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, 4 Ogos lalu.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, PN diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Bendaharinya, Datuk Seri Samsuri Mokhtar.

“Mereka sudah sampaikan pandangan mereka dan saya pun sudah sampaikan pandangan saya. Setakat itu sajalah, jadi Bersatu akan bincang sesama mereka dalam Bersatu.

“Saya sudah beritahu… jadi perkara itu tidak perlu dibangkitkan. Tumpuan kita adalah untuk selesaikan isu rakyat dan pulihkan ekonomi.

“Saya ingat rakyat nak dengar lebih mengenai perkara itu. Biar kita fokus perkara yang menyentuh rakyat… itu lebih penting,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pavilion Pahang di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di Serdang, hari ini (13 Ogos 2022).

Sebelum ini, Hamzah dilaporkan berkata, PN akan menghantar delegasi menemui Ismail Sabri bagi membincangkan pelaksanaan terma perjanjian terkandung dalam perjanjian antara gabungan itu dengan Perdana Menteri.

5 Ogos lalu, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan – gabungan Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) – kecewa apabila Perdana Menteri membatalkan pertemuan dengan Hamzah

Beliau mendakwa Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO membatalkan perjumpaan itu pada saat-saat akhir.

Wan Saiful dilaporkan berkata pertemuan itu sepatutnya diadakan petang semalam bagi membincangkan perjanjian berkaitan “terma-terma penting” antara PN dan perdana menteri.

“PM setuju adakan perjumpaan tersebut semalam jam 2.30 petang. Tetapi saya agak kecewa perjumpaan itu dibatalkan minit-minit akhir oleh perdana menteri.

“Jadi, kita menuntut Perdana Menteri menunjukkan sikit rasa hormat kepada Ahli-ahli Parlimen di blok yang menyokong beliau,” katanya.

Berita berkaitan
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
37 minit lalu· Isu semasa
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
13 jam lalu· Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
13 jam lalu· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
22 minit lalu · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
20 jam lalu · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 jam lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok