Ismail Sabri PM sementara beri kelebihan kepada BN ketika banjir: Zahid

September 30, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mempertahankan isu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada musim tengkujuh atau banjir yang dijangka berlaku mulai Oktober hingga akhir Disember.

Dalam kenyataan hari ini (30 September 2022) beliau berkata walaupun PRU-15 diadakan pada musim tengkujuh, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) sementara masih mempunyai kuasa untuk melaksanakan tugas rasmi, termasuk menangani banjir.

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata kuasa dimiliki PM sementara itu adalah satu kelebihan yang tidak dimiliki pembangkang dan menjadi kebimbangan parti lawan.

“PM sementara masih mempunyai kuasa yang besar seperti lazim amalan dan konvensyen yang berlaku di negara komanwel.

“Mereka (pembangkang) sedar walaupun Parlimen bubar, PM sementara ialah dari UMNO dan BN yang bakal menjalankan fungsi sebagai kerajaan sementara. Bermakna PM BN masih berkuasa sehingga kerajaan baharu dibentuk.

“PM sementara inilah melaksanakan tugasan rasmi rutin untuk memastikan kerajaan terus berfungsi. Malah mesyuarat rasmi berhubung urusan kerajaan boleh diadakan termasuk mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Bencana Negara.

“Dari segi kuasa dan kawalan terhadap banjir pada musin tengkujuh PM masih ada kuasa dan sukar pula pembangkang menonjol peranan mereka apabila musim tengkujuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid berkata akibat pengaruh Pakatan Harapan (PH) yang semakin merosot dalam kalangan pengundi Melayu, pembangkang terus berusaha melengah-lengahkan pilihan raya agar diadakan tahun depan.

“Jelajah pembangkang pula dijangka hanya berakhir pada bulan Februari tahun depan. Pembangkang percaya semakin dilengahkan pilihan raya maka peratus kemerosotan mereka akan dapat dibaiki dan semakin naik populariti mereka.

“Mereka dipeningkan lagi bahawa bekas sekutu mereka, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad mahu jadi calon PM kali ke-3. Komponen PH seperti Amanah dilihat masih terhutang budi terhadap Mahathir kerana walaupun hanya menang 11 kerusi, sembilan dilantik oleh dalam Kabinet sebagai menteri dan timbalan menteri. DAP pula diberikan jawatan Menteri Kewangan oleh Mahathir,” katanya.

Sementara itu, Zahid hari ini berkata seandainya PRU15 diadakan ketika musim banjir, tidak bermakna ia berlangsung ketika banjir melanda seluruh negara.

“Insya-Allah pilihan raya akan diadakan sebelum itu lagi,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
15 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok