Ismail Sabri, PH tanda tangan memorandum yang pernah ditawarkan Muhyiddin

September 13, 2021 · Politik

Kerajaan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dengan Pakatan Harapan (PH) bagi mengetepikan perbezaan politik untuk melaksanakan enam ketetapan yang dipersetujui.

Perjanjian itu susulan kepada pertemuan antara pimpinan tertinggi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, bersama Perdana Menteri pada 25 Ogos lalu.

Namun memorandum yang ditandatangani hari ini bukan bermakna blok pembangkang itu bersetuju dengan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA), yang ditawarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Dalam majlis menandatangani memorandum hari ini, Ismail Sabri mewakili kerajaan manakala Anwar, Mohamad, dan Guan Eng mewakili PH.

Enam ketetapan sebagai tambahan kepada tujuh reformasi yang diumum Ismail Sabri ialah:

Pemerkasaan Pelan COVID-19;
Transformasi Pentadbiran;
Pembaharuan Parlimen;
Kebebasan Institusi Kehakiman;
Perjanjian Malaysia MA63; dan
Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Terdahulu pada 10 September lalu, Ismail Sabri mengulangi tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara, yang pernah ditawarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri.

Tawaran itu pernah dibuat Muhyiddin pada 13 Ogos ketika penghujung pentadbirannya sebagai Perdana Menteri sebelum Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang susulan peletakan jawatan beliau pada 16 Ogos lalu, setelah tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Bagaimanapun, tawaran Muhyiddin itu ditolak oleh pembangkang dan sekutu mereka yang terdiri daripada beberapa pemimpin UMNO, sambil menyifatkan langkah itu untuk menyelamatkan kedudukan Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri, serta Kerajaan PN.

Bagaimanapun, PH menerima tawaran yang dibuat Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO setelah membuat beberapa pindaan dan penambahan kepada tawaran itu

Ismail Sabri dalam kenyataan media hari ini berkata memorandum bersama PH itu membentuk satu kerjasama dwipartisan yang kukuh dan mantap dengan menjulang semangat ‘Keluarga Malaysia’ selaras titah Yang di-Pertuan Agong.

“Titah hasrat Baginda Tuanku, semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan.

“Semangat Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan inilah yang dizahirkan dalam memorandum persefahaman oleh kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat pada petang ini,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRN: PAS harap ramai keluar mengundi Sabtu ini
August 9, 2023
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok