Ismail Sabri perlu teliti sebelum tamatkan MoU dengan PH, kata Muhyiddin

April 19, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) yang turut menjadi kerajaan sekarang ini menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memutuskan isu memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu pelbagai perkara sebelum mengambil keputusan untuk tidak menyambung MoU itu.

Pada 13 September tahun lalu Kerajaan Persekutuan diwakili Ismail Sabri menandatangani MoU itu bersama pemimpin PH diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi kesan baik kerana kestabilan politik amat penting untuk pembangunan negara, khususnya memulihkan semula ekonomi selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April lalu.

MoU itu bagaimanapun, akan tamat pada 31 Julai depan dengan PH berharap ia akan dilanjutkan lagi, manakala parti Ismail Sabri, UMNO, enggan berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata antara perkara yang perlu diteliti ialah yang membabitkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menyentuh masa depan negara.

PN menyerahkan kepada Perdana Menteri berhubung MoU itu kerana perkara berkenaan membabitkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang juga masih berada di bawah pimpinan Kerajaan PN, katanya ditemui selepas menziarahi Setiausaha Bersatu Bahagian Pagoh, Atiman Kadar di Kampung Sungai Alai, Panchor, dekat Pagoh, hari ini.

Muhyiddin menjelaskan, pada pertemuan kepemimpinan PN bersama Ismail Sabri dua minggu lalu MoU itu turut dibincangkan setelah PH meminta supaya ianya dilanjutkan.

“Dalam pertemuan itu Perdana Menteri masih belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara berkenaan.

“Jadi saya tidak berfikir untuk membuat apa-apa kenyataan bagi pihak beliau dan itu terserah kepada Perdana Menteri untuk meneliti sama ada wajar atau tidak.

“Ini kerana beliau ada banyak perkara yang perlu difikirkan berkaitan dengan soal masa depan negara seperti pilihan raya dan sebagainya,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau difahamkan pihak pembangkang mahu MoU yang sepatutnya tamat Julai depan dilanjutkan.

MoU yang ditandatangani itu merangkumi:

  • Pemerkasaan Pelan COVID-19;
  • Transformasi Pentadbiran;
  • Pembaharuan Parlimen;
  • Kebebasan Institusi Kehakiman;
  • Perjanjian Malaysia MA63; dan
  • Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ia bertepatan dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua pihak mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan.

Bagaimanapun, pada 14 April lalu Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan MoU itu tidak diteruskan lagi apabila tamat pada 31 Julai 2022.

Ketika mengulas keputusan MT itu, Ismail Sabri berkata sebagai Naib Presiden UMNO beliau tertakluk kepada keputusan yang dibuat.

Tetapi, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke membidas keputusan MT itu sambil menegaskan UMNO tiada kena mengena langsung dengan kerajaan, sebaliknya ia adalah urusan Ismail Sabri.

Loke malah menegaskan bahawa MoU berkenaan adalah persefahaman di antara PH dan Kerajaan Persekutuan, bukannya dengan pucuk kepimpinan UMNO.

Berita berkaitan
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
1 jam lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
5 jam lalu· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
13 jam lalu· Isu semasa
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
13 jam lalu· Politik
Popular
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
2 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
7 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
9 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
9 jam lalu · Politik
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
24 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok