Ismail Sabri mungkin ditekan kluster mahkamah adakan PRU-15 tahun ini

October 2, 2022 · Politik

Adalah tidak mustahil Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdepan tekanan oleh partinya sendiri, terutama daripada golongan kluster mahkamah, hingga menyebabkan beliau bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada tahun ini.

Ini kerana daripada percakapannya bersama beberapa pimpinan UMNO, termasuk dalam kalangan mereka yang berada di Kabinet, Ismail Sabri tidak bersetuju PRU diadakan pada tahun ini, dakwa Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Mahfuz Omar

Namun katanya, kalangan pemimpin itu mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta golongan tertentu dalam UMNO terus mendesak supaya PRU-15 diadakan segera.

“Saya boleh spesifikkan siapa yang bercakap dengan saya mengenai hal itu termasuk dalam kalangan Menteri dan Timbalan Menteri. Beberapa hari lalu pun saya terserempak dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan saya tahu, beliau juga tidak bersetuju dengan perkara itu.

“Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam pun tidak membuat ketetapan bila tarikh pilihan raya tetapi kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan seolah-olah PRU berlangsung tahun ini juga.

“Disebabkan itu, tidak mustahil untuk UMNO turut menggantung Ismail Sabri seperti nasib dialami Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Datuk Yusof Ismail,” katanya pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia di Alor Setar, hari ini.

Untuk rekod, beberapa pemimpin atasan UMNO sebelum ini telah didakwa di mahkamah terhadap pelbagai tuduhan jenayah, termasuk rasuah, penyalah gunaan kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah berbilion-bilion ringgit.

Kemuncaknya ialah apabila bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihantar menjalani hukuman 12 tahun penjara di Penjara Kajang, setelah rayuan akhirnya dalam kes SRC International ditolak.

Selain itu, Zahid sendiri masih berdepan tuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes Yayasan Akalbudi, walaupun dia dibebaskan dalam kes lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata mesyuarat MT UMNO sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

Ismail Sabri bagaimanapun ketika ditemui media semalam meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, kenyataan dikeluarkan Ahmad itu seakan cuba mengikat Yang Dipertuan Agong supaya mengadakan PRU tahun ini sedangkan baginda memiliki kuasa untuk menerima atau menolak cadangan Perdana Menteri bagi tujuan itu.

“Mereka tidak hanya memaksa Perdana Menteri malah turut memaksa Yang di-Pertuan Agong. Bagi saya, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang tidak wajar,” katanya.

Menjawab dakwaan Shahidan yang mengatakan pembangkang sengaja memainkan naratif banjir kerana mereka belum bersedia berdepan PRU-15, Mahfuz berkata, UMNO mungkin memiliki kelebihan sekiranya PRU diadakan dalam tempoh banjir atau hujan lebat kerana parti itu memiliki aset-aset kerajaan bagi membawa keluar penyokong tegar mereka.

“Namun saya fikir itu hanya salah satu faktor saja. Bagi saya, mereka mahu mengadakan PRU-15 segera hanya kerana nak selesaikan masalah kluster mahkamah saja,” katanya. – satuberita

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Tindakan beku akaun bermotif politik nak lemahkan PN hadapi PRN: Tuan Ibrahim
February 2, 2023
Hasrat MUDA sertai PH terus dapat tentangan pemimpin PKR
September 10, 2022
Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
May 13, 2023
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok