Ismail Sabri mendahului majoriti, Najib dan Zahid belum beri kata putus

August 17, 2021 · Politik

Perlumbaan untuk siapa dilantik sebagai calon Perdana Menteri (PM) baharu masih sedang berlangsung dengan rancak dan tidak ada sesiapa yang memiliki majoriti jelas setakat ini, namun Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang mendahului.

Difahamkan, setakat ini Ismail Sabri memiliki jumlah majoriti tertinggi bagi mewakili sebelah blok Perikatan Nasional (PN) dan calon pembangkang, Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bergelut dalam memujuk beberapa orang kem Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada maklumat terkini, Ismail Sabri memiliki 106 Ahli Parlimen (MP) yang menyokongnya sebagai calon PM.

Bagaimanapun, terdapat lima orang termasuk Zahid dalam UMNO yang tidak menyokongnya, antaranya Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

PKR juga kini sedang giat berusaha mendapatkan beberapa MP UMNO untuk menyokongnya, sasaran mudah mereka kini adalah Zahid dan Najib yang sedang bergelut dengan kes mahkamah mereka.

Namun, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan sudah bersetuju dengan tawaran Anwar bagi memberinya sokongan untuk menjadi PM.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan hanya seorang sahaja nama calon PM baharu boleh dikemukakan oleh MP dalam Surat Akuan yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sumber dalaman mendedahkan kepada Agenda Daily, arahan tersebut dikeluarkan menerusi satu surat yang dihantar Yang di-Pertua Dewan Rakyat kepada MP untuk menyediakan Surat Akuan tersebut mengikut format yang sudah disediakan.

“Identifikasi yang secukupnya seorang sahaja Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Yang Berhormat,” kata surat tersebut.

Menurut sumber lagi, MP yang menandatangani Surat Akuan tersebut perlu dijaga kerahsiaan sehingga keputusan muktamad mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memilih calon PM yang baharu di Parlimen nanti.

Ketika ini, masih samar-samar individu yang memiliki majoriti terbesar untuk dilantik sebagai PM baharu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini juga sedang merayu supaya semua parti-parti dalam blok tersebut menyokongnya sebagai calon PM baharu, namun majoriti dimilikinya menjadi pertikaian.

Untuk rekod, jika dilihat dari sudut parti politik, bukannya secara individu, jumlah yang menolak kepimpinan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak 120 MP. Namun perlu diingat bahawa daripada 120 MP itu masing-masing tidak menyokong antara satu sama lain.

Anwar mempunyai sokongan 91 kerusi, Zahid mendapat dukungan 15 MP UMNO, manakala kem Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan mempunyai 14 kerusi. Ketiga-tiga kumpulan ini tidak menyokong antara satu sama lain.

Setakat ini, difahamkan rundingan masih sedang berjalan antara ketua-ketua parti bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk memilih calon PM yang menjadi pilihan mereka.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
4 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
8 jam lalu· Politik
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
15 jam lalu· Isu semasa
PAC lawat tapak bina LCS esok
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
8 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
11 jam lalu · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
12 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
12 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok