Ismail Sabri masih boleh pecat Menteri dalam kerajaan sementara, sindir Latiff

October 19, 2022 · Politik

Seorang Menteri Kabinet menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memecat menteri-menteri dalam kerajaannya jika boleh sebagai satu penghinaan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin nombor satu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata tidak wajar Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan yang dilihat cuba merendahkan kemampuan Jemaah Menterinya, malah mereka boleh meletak jawatan jika diarahkan oleh beliau semasa mesyuarat Kabinet lalu.

“Perkataan seperti ‘Pecat Menteri’ walaupun itu kenyataan gurau dan sinikal, tidak perlu dicakapkan dałam program politik.

“Memang kita tahu Perdana Menteri mempunyai kuasa ‘hire and fire’, namun kami pun ada maruah, tidak perlu pecat kami, kami pun boleh letak jawatan lebih awal. Kami masih teringat dua orang Menteri UMNO yang letak jawatan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kelapan dulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Latiff juga menyindir susulan kenyataan Ismail Sabri itu dengan berkata masih belum terlambat untuk beliau memecat menterinya dalam kerajaan sementara ketika ini.

“Kami masih lagi anggota Kabinet ‘caretaker’. Masih belum terlambat untuk dipecat.

“Mungkin YAB PM9 (Ismail Sabri) boleh mencipta sejarah dengan memecat anggota Kabinet dalam masa ‘injury time’,” katanya lagi.

Berhubung dakwaan Ismail Sabri kononnya Kabinet ada membincangkan berhubung isu pembubaran Parlimen, Latiff mendedahkan semasa mesyuarat terakhir yang lalu, Naib Presiden UMNO itu masih tidak membuat pendirian yang jelas dan berteka-teki sama ada mahu membubarkan atau pun tidak.

“Jika YAB PM9 menyatakan hasrat untuk membubarkan parlimen secara terus terang dan ikhlas, saya percaya anggota Kabinet akan bersetuju dan memberi mandat kepada YAB PM9.

“Malah pada pagi Jumaat 7 Oktober 2022 seorang Menteri Kanan bertanyakan ‘bila nak bubar?’, YAB PM9 masih berteka-teki dengan anggota Kabinet,” katanya lagi.

Terdahulu, Ismail Sabri mengakui terdapat pelbagai pandangan bertentangan daripada Menteri dalam Kabinetnya berkaitan cadangan membubarkan Parlimen.

Katanya, beliau memaklumkan sekiranya mereka tidak bersetuju beliau tetap boleh membubarkan Parlimen dan “memecat saja semua orang”.

“Saya boleh buat. Silap. Patut saya pecat semua sekali. Tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut,” kata Naib Presiden UMNO itu semasa perhimpunan di Bagan Datuk baru-baru ini.

Pada 6 Oktober lalu, 12 menteri Perikatan Nasional (PN) mengutus surat kepada Agong berhubung pendirian gabungan itu menolak PRU-15 diadakan tahun ini.

12 Menteri itu memberikan alasan faktor musim tengkujuh dan usaha pemulihan ekonomi negara tidak mewajarkan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

Namun, Ismail Sabri tidak mengendahkan  pandangan Kabinet sebaliknya bertindak juga membubarkan Parlimen selepas beberapa siri himpunan raksasa dianjurkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi tekanan kepadanya untuk mengadakan PRU-15 segera pada tahun ini juga.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
17 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
17 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
7 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
56 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok