Ismail Sabri kekal ‘poster boy’ BN, sokongan ahli MT UMNO kukuh

August 28, 2022 · Politik

Walaupun menjadi sasaran ahli akar umbi semasa sesi Taklimat Khas petang semalam, namun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih kekal buat masa ini sebagai “poster boy” bagi Barisan Nasional BN) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Malah semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) berlangsung semalam, tidak ada isu berhubung “poster boy” dibangkitkan walaupun sebelum ini seorang ahlinya, Datuk Puad Zarkashi mengeluarkan cadangan untuk membatalkan langkah mencalonkan Ismail Sabri sebagai “poster boy” mewakili BN.

Ismail Sabri juga mendapat sokongan kukuh daripada majoriti ahli-ahli MT yang berada dalam mesyuarat semalam walaupun sesi Taklimat Khas pada petang agak panas selepas nama beliau “diboo” oleh akar umbi yang berada dalam Dewan Merdeka.

Terdapat beberapa perkara dibangkitkan semasa mesyuarat MT dan ia banyak berkisar kepada kesesuaian masa untuk mengadakan PRU-15, suara akar umbi berhubung keputusan mahkamah memenjarakan Datuk Seri Najib Razak dan persediaan jentera parti yang dibentang semasa mesyuarat tersebut.

Isu berhubung “poster boy” tidak berbangkit, ia secara tidak langsung Ismail Sabri masih kekal sebagai calon utama gabungan itu sebagai Perdana Menteri (PM) sekiranya mereka memenangi PRU-15 nanti.

Mesyuarat berlangsung dengan penuh suasana kekeluargaan, perbincangan berlangsung dengan penuh sopan-santun dan tiada ahli MT yang terlebih beremosi sepanjang perjalanan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Majoriti menghormati kuasa PM dalam menentukan tarikh PRU-15 dan memberinya ruang untuk membuat keputusan bagi membubarkan Parlimen.

“Suasana mesyuarat penuh dengan rasa kekeluargaan, tiada yang beremosi walaupun kita ketahui semasa sesi petang terdapat sedikit provokasi oleh akar umbi dalam Dewan Merdeka,” kata sumber itu.

Untuk rekod, Ismail Sabri tidak menghadiri sesi perhimpunan sebelah petang kerana terdapat program lain yang terpaksa dihadiri di kawasannya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan juga memberitahu semalam tidak akan ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan selepas berakhir mesyuarat MT dan jika ada mungkin akan dikeluarkan pada hari ini.

Kenyataan Ahmad atau dikenali sebagai Mat Maslan itu agak luar kebiasaan kerana selalunya media akan diberikan kenyataan rasmi daripada UMNO sebaik berakhir mesyuarat.

“Berita tentang UMNO sudah agak banyak selepas Taklimat Khas Presiden petang tadi di Dewan Merdeka.

“Mesyuarat telah berjalan dengan baik, bermula jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 11.15 malam.

“Terima kasih,” tulisnya dalam ciapan di Twitter rasmi beliau malam tadi.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
18 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
19 jam lalu· Politik
Perlu UMNO bekerjasama dengan parti lain nak menang PRU, kata Ku Li
September 30, 2022· Politik
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
7 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
8 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
9 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
9 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok