Ismail Sabri kata bergurau saja selepas Latiff sindir suruh pecat

October 19, 2022 · Politik

Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui hanya bergurau ketika membuat kenyataan mahu memecat 12 menteri Perikatan Nasional (PN), susulan isu penghantaran surat kepada Agong bagi menolak Pilihan raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Beliau berkata demikian susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abd Latiff Ahmad, mengecam kenyataan ‘pecat menteri’ dibuatnya yang menyatakan menteri Kabinet boleh meletak jawatan lebih awal jika mempunyai “maruah”.

Untuk rekod, Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 setelah mendapat sokongan 50 ahli Parlimen parti gabungan PN iaitu 31 daripada Bersatu; PAS (18); dan STAR (satu), serta empat Bebas.

Ketika menjadi Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melantik Ismail Sabri sebagai menteri dan Timbalan Perdana Menteri, sebelum 15 ahli Parlimen parti itu diketuai presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menjatuhkan kerajaan PN.

“Saya berseloroh ke serius? Kalau saya serius dia (Dr Abd Latiff Ahmad) dah kena pecat dah. Dia ada dalam Kabinet… itu tak pecat… maknanya saya berselorohlah,” katanya dalam Ismail pada sidang media, hari ini (Rabu, 19 Oktober 2022) seperti dilapor FMT.

Memetik laoran itu Ismail Sabri berkata, jika kenyataan (pecat menteri) tersebut serius sudah pasti akan berlaku pemecatan dalam kalangan menteri PN termasuk Abd Latiff.

Terdahulu hari ini, Abd Latiff meluahkan rasa terkilan berhubung kenyataan Ismail Sabri bahawa beliau boleh memecat 12 menteri PN yang menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pembubaran Parlimen.

Abdul Latiff berpandangan, penggunaan ayat ‘pecat menteri’ itu tidak sepatutnya disebut dalam ucapan politik walaupun disampaikan secara gurauan dan sinikal.

Isnin lalu, Ismail Sabri dalam ucapannya ketika Majlis Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Negeri Perak di Bagan Datuk, mendedahkan beliau ada memberi ‘bayangan’ mengenai pembubaran Parlimen kepada Kabinet.

Bagaimanapun, kenyataan Naib Presiden UMNO itu disangkal Abd Latiff kerana Ismail tidak pernah meminta mandat daripada anggota Jemaah Menteri mengenai tarikh pembubaran Parlimen.

Katanya, Ismail hanya ada menyatakan bahawa beliau ingin mengutamakan persediaan bencana, monsun timur laut dan kos barangan (ekonomi), berbanding PRU-15.

“Memang kita tahu Perdana Menteri mempunyai kuasa ‘hire and fire’ (lantik dan pecat), namun kami pun ada maruah. Tidak perlu pecat, kami pun boleh letak jawatan lebih awal.

“Kami masih lagi anggota Kabinet ‘caretaker’ (sementara). Masih belum terlambat untuk dipecat. Mungkin Perdana Menteri Kesembilan boleh mencipta sejarah dengan memecat anggota Kabinet dalam masa ‘kecederaan’,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
5 jam lalu· Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
12 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
9 jam lalu · Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok