Ismail Sabri kata akan kekal Khairy di KKM jika beliau terus jadi PM

October 8, 2022 · Politik

Ketika Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin belum pasti kerusi mana yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, yang pasti Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi jaminan Menteri Kesihatan itu akan kekal jika Barisan Nasional (BN) menang nanti.

Khairy sebelum ini, dalam kekeliruan setelah diarah oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan untuk tidak bertanding di kerusi yang disandang sekarang pada pilihan raya akan datang.

Pada 4 September lalu, Menteri Kesihatan itu mendedahkan beliau menerima mesej daripada Timbalan Pengerusi BN itu yang meminta diberi laluan di Parlimen Rembau pada PRU-15 akan datang.

“Saya (baru-baru ini) menerima satu mesej daripada (Timbalan Presiden Umno) Mohamad (Hasan) untuk memberi laluan.

“Saya akan ikut apa yang Umno mahu dan di mana mereka mahu saya bertanding. Tak apa. Saya belum terima sebarang arahan. Saya akan berasa malu untuk ceroboh kawasan lain.

“Tak apa. Senario terburuk, saya tidak akan bertanding,” kata Khairy.

Menteri Kesihatan itu dilaporkan berkata berkemungkinan senario terburuk adalah beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) depan nanti dan tidak mahu menceroboh kawasan orang lain hanya semata-mata untuk bertanding.

Susulan itu beberapa bahagian UMNO telah menawarkan kerusi Parlimen, termasuk di Seremban, untuk ditandingi Khairy. UMNO Alor Setar juga membuat tawaran sama.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor juga nampaknya menyemarakkan lagi spekulasi selepas membuat rujukan samar mengenai situasi kerusi Khairy apabila dalam satu majlis pada 10 September di Kota Kinabalu, menawarkan kawasan Parlimen untuk ditanding Menteri Kesihatan itu.

Hajiji, yang mengetuai Bersatu Sabah dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara berjenaka berkata Sabah sedia menerima Khairy jika Negeri Sembilan menolaknya.

Bagaimanapun, hari ini (8 Oktober 2022), memetik laporan BH, Ismail Sabri menyatakan Ahli Parlimen Rembau itu akan dilantik semula sebagai Menteri Kesihatan sekiranya beliau (Ismail Sabri) kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15.

Ismail Sabri berkata tindakan mengekalkan Khairy sebagai Menteri Kesihatan bertujuan memastikan segala perancangan berkaitan kementerian itu dapat direalisasi dan dilaksanakan.

“Disebabkan hasil KJ (Khairy Jamaluddin) sebagai Menteri Kesihatan, kerajaan meluluskan Institut Penyakit Berjangkit Malaysia di Bandar Enstek Nilai di Negeri Sembilan dengan peruntukan RM600 juta.

“Jika hilang menteri ini (Khairy) akan rugi, sebab apabila dapat kepada orang lain (dilantik Menteri Kesihatan seterusnya) mungkin projek ini dibatalkan,” katanya berucap pada Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sembilan di FELDA Palong, dekat Jempol, hari ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok