Ismail Sabri jawab ‘satu undi untuk PH, satu undi untuk DAP’

November 9, 2022 · Politik

Pemimpin dua gabungan parti politik di negara ini yang berseteru – Barisan Nasional dan Pakatan Harapan – saling kata mengata dalam menasihatkan pengundi, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Terdahulu, pemimpin PH daripada PKR R Sivarasa berkata setiap undi yang diberikan kepada calon BN adalah sama dengan memberikannya kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga penyandang kerusi Parlimen P.107 Sungai Buloh, Selangor, tetapi tidak diturunkan dalam PRU-15 kali ini, menasihatkan pemilih tidak mengundi calon BN yang bertanding di situ, Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Kesihatan.

Dengan kempen PRU-15 bermula pada Sabtu, 5 November 2022, setelah penamaan calon selesai, Sivarasa berkata undi kepada Khairy daripada UMNO sebenarnya adalah undi untuk parti itu dan Zahid, yang masih berdepan pelbagai pertuduhan jenayah, termasuk rasuah di mahkamah.

Bagaimanapun, hari ini (9 November 2022), Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menterbalikkan pandangan mengenai kritikan bahawa memilih BN bersamaan mengundi Zahid menjadi Perdana Menteri.

“Walaupun calon (PH) Melayu (di Ayer Htam), di belakang dia DAP.

“Satu undi untuk PH, satu undi untuk DAP. Jangan kita jatuh untuk helah dia.

“Untuk sekat kemaraan DAP kita mesti kalahkan calon PH di mana saja kita berada,” katanya menurut Mkini ketika ketika berucap pada majlis perjumpaan BN di Ayer Itam, Johor.

PH meletakkan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Sheikh Omar Bagharib Ali untuk berdepan penyandang kerusi Parlimen Ayer Itam, Presiden MCA Ayer Hitam, Wee Ka Siong, serta calon Perikatan Nasional, Muhammad Syafiq A Aziz.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
33 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu· Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
20 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok