Ismail Sabri jadi PM pun disebabkan sokongan PN, UMNO tak kenang budi?

October 18, 2021 · Politik

Faktanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat menjadi Perdana Menteri (PM) disebabkan sokongan Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN) yang menyokongnya sehingga memperoleh majoriti untuk menduduki kerusi nombor satu itu.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak dihargai Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendabik dada angkuh menolak sebarang kerjasama dengan PAS dan Bersatu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka nanti sekiranya diadakan.

Mungkin anak murid Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu terlupa yang sokongan diberikan kepada Ismail Sabri datang dari PAS dan Bersatu serta GPS, tanpa sokongan tersebut mustahil perkara itu menjadi kenyataan.

Atau adakah Zahid masih merasakan auranya dapat membawa kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Melaka nanti, walhal hakikatnya rakyat sudah menyampah melihat perebutan kuasa sesama UMNO yang berlaku di negeri tersebut sehingga menumbangkan kerajaan dipimpin seorang Ketua Menteri yang juga dari parti sama.

Realitinya, UMNO akan dilabel sebagai parti yang tidak mengenang budi dan hanya berkawan apabila ditimpa kesusahan sahaja.

Tetapi sekiranya Zahid memutuskan untuk bergerak secara solo juga di Melaka, ia pastinya memberi kelebihan kepada PN untuk memberi penjelasan kepada rakyat di negeri tersebut berhubung situasi sebenar yang berlaku.

Kemelut politik kerajaan Pusat sebelum ini sebenarnya juga berpunca daripada perebutan kuasa dalaman UMNO yang menyaksikan perpecahan dua kem, satu kem Zahid yang bergurukan cikgunya Anwar dan satu kem lagi yang bersama Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Senario sama berlaku di Melaka apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dari UMNO bertemu dengan Anwar selepas kejatuhan kerajaan negeri, ia senario sama yang berlaku susulan klip audio tular Zahid merancang dengan Anwar untuk menumbangkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua pemimpin UMNO ini memainkan peranan secara belakang tabir berkomplot dengan Anwar dalam merancang strategi untuk menumbangkan dua kerajaan, ia akhirnya membawa krisis politik yang berpanjangan.

Lebih menarik lagi, sosok Anwar tidak terlepas daripada kontroversi membabitkan pemimpin UMNO, sama ada dengan Zahid mahupun Idris di Melaka.

Apakah istimewanya Anwar yang kini boleh mempengaruhi pemimpin UMNO untuk tunduk mengikut telunjuknya, atau adakah ini semua berpunca daripada Zahid yang memulakan langkah untuk menjalinkan hubungan secara diam-diam sebelum ini?

Pakatan Harapan (PH) Melaka berkeyakinan tinggi untuk merampas semula kerajaan negeri, malah dengan kemelut dalaman UMNO dan pendirian Zahid yang enggan bekerjasama dengan PN dilihat mampu membawa kemenangan besar buat mereka.

Selain itu, timbul juga konflik sesama pemimpin dalam UMNO apabila sudah ada suara-suara yang tidak bersetuju dengan keputusan Zahid yang memutuskan untuk bertanding PRN secara solo tanpa kerjasama dengan PN.

Dalam senario ini, nampaknya UMNO tidak menghargai sokongan yang diberikan oleh wakil PN sehingga dapat menjadi dominan semula di Putrajaya, itu bukan adab dalam bersahabat apabila sanggup mengenepikan permuafakatan yang dijalin hanya kerana terlalu kemaruk untuk berkuasa secara total.

Dari satu sudut lain, PN sebenarnya boleh menarik nafas lega jika UMNO membuat keputusan untuk bertanding secara solo kerana kuranglah kerja untuk mencuci tahi ditinggalkan pemimpin UMNO yang berebut kuasa di Melaka.

Jika tidak, ia akan menyebabkan banyak kerja penerangan dan penjelasan yang perlu dijalankan akibat perebutan kuasa sesama UMNO. Jika Zahid merasakan UMNO akan menang besar di Melaka, tidak salah untuk menyimpan cita-cita tinggi tersebut tetapi biarlah berpada-pada.

PRN Melaka bukan hanya semata-mata perebutan kuasa sesama UMNO, ia juga bakal menjadi penentu masa depan Zahid sebagai Presiden UMNO. Jika tewas teruk kali ini, semakin jelas jalan pintu keluar buat Zahid untuk didesak berundur.

Bagaimanapun, adakah Zahid sedia berundur pada ketika kes-kes mahkamahnya masih sedang berjalan?

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok