Ismail Sabri hanya boneka, Zahid tetap jadi pemandu: Khalid Samad

October 11, 2022 · Politik

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad seolah-olah mengiyakan cakap-cakap dalam kalangan akar umbi yang lebih cenderung mempercayai Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bakal menjadi Perdana Menteri (PM).

Ini kerana, menurut beliau pembubaran Parlimen yang dipersetujui Yang di-Pertuan Agong atas permintaan PM semalam membuktikan bahawa Zahid lah yang sebenarnya berkuasa di negara ini dan bukannya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM.

Katanya sejak dari awal lagi kehendak Ismail Sabri, selaku PM untuk menangguhkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hingga ke tahun hadapan tidak pernah berhasil.

“Ini adalah kerana kuasa sebenar tetap berada di tangan Zahid selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Maka keputusan tarikh PRU-15 diputuskan mengikut kepentingan parti dan peribadi Zahid.

“Maka episod ini mendedahkan kedudukan sebenar Ismail Sabri, iaitu seorang Perdana Menteri patung atau boneka yang bergerak dan bersuara di atas perintah dan keputusan yang dibuat oleh UMNO pimpinan Zahid.

“Oleh itu, apabila kempen pilihan raya berjalan nanti, walaupun muka Ismail Sabri mungkin ditayangkan (poster boy) sebagai calon Perdana Menteri, (tapi) bukan dia yang akan berkuasa kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan selepas terjawab teka-teki berhubung pembubaran Parlimen, kini persoalan timbul sosok pemimpin UMNO siapakah yang bakal menjadi PM jika berjaya BN memenangi PRU-15 nanti.

Walaupun atas kertas UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM, bagaimanapun cakap-cakap dalam akar umbi lebih cenderung mempercayai Zahid juga berkelayakan untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Selepas berjaya memberi tekanan kepada Ismail Sabri membubarkan Parlimen, akar umbi melihat Zahid kini merupakan individu paling berkuasa kerana tandatangannya dalam menandatangani watikah pencalonan lebih laku berbanding Ismail Sabri yang hanya merupakan Naib Presiden parti itu.

Malah dalam kumpulan Whatsapp akar umbi UMNO juga sudah berlaku perbincangan hangat yang menyokong Zahid sebagai PM baharu ke-10 dan bukannya Ismail Sabri, ia menambah lagi spekulasi berkemungkinan Zahid lebih layak untuk mengemudi negara.

Mengulas lanjut, Khalid berkata Zahid tetap berada di tempat duduk pemandu dan akan berusaha mencari jalan melepaskan dirinya serta bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Zahid tetap berada di “driver’s seat” dan beliau akan menentukan jalan dibuka seluasnya untuk bukan sahaja beliau tetapi juga Datuk Seri Najib Razak akan kembali berkuasa dan negara akan sekali lagi dikuasai golongan Kleptocrat (atau perompak dan penyamun ini).

“Oleh itu rakyat semua perlu sedar bahawa perjuangan menolak Kleptocrat yang diusahakan dengan jayanya semasa PRU-14 masih belum selesai.

“Mereka ingin kembali berkuasa dan rakyat wajib bangun kembali untuk menggagalkan usaha mereka ini melalui PRU-15 yang bakal menjelang,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
9 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
7 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
12 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
13 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok