Ismail Sabri fitnah Muhyiddin, 12 menteri PN punca Parlimen bubar

October 12, 2022 · Politik

Tuduhan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) sebagai punca Parlimen ke-14 dibubarkan adalah fitnah.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata umum mengetahui beberapa hari sebelum Ismail mengeluarkan dakwaan tersebut, beliau telah terlebih dahulu menyatakan kepada media bahawa tidak timbul isu keabsahan kerajaannya.

Isu keabsahan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dibangkitkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, sendiri pada 6 dan 7 Oktober, ketika kedua-duanya mengulas tindakan 12 menteri PN menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Susulan itu pada Ahad (9 Oktober) Ismail Sabri dipetik BH berkata keabsahan kerajaan pimpinannya masih kukuh dan tidak tergugat serta tidak menandakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.

Ismail Sabri juga dilaporkan berkata tindakan berkenaan tidak menjejaskan keutuhan kerajaan kerana sokongan kepada seseorang PM adalah tertakluk kepada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat dan bukan anggota Kabinet.

Bagaimanapun, susulan kenyataan Istana Negara pada 10 Oktober yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong kecewa dengan situasi politik negara sekarang, Ismail Sabri kemudian membuat pusingan-U dengan menyalahkan pula tindakan 12 menteri Kabinetnya menghantar surat berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Faiz berkata rakyat juga tidak lupa bagaimana sejak tahun 2020 lagi kerajaan pimpinan Muhyiddin yang ketika itu sedang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa rakyat dan ekonomi negara akibat pandemik Covid-19, telah diserang dari pelbagai arah oleh beberapa pemimpin UMNO secara terbuka atas motif politik semata-mata.

Untuk rekod, beberapa pemimpin UMNO, termasuk Ismail Sabri turut dilantik sebagai menteri di dalam Kabinet kerajaan PN ketika itu, malah kemudian diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya kepimpinan UMNO terus melaungkan “NO Bersatu” dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAU) mereka dua tahun berturut-turut ketika membentuk kerajaan bersama dengan PN.

“Sampaikan UMNO sendiri rela menjatuhkan kerajaan negeri mereka sendiri di Melaka dan Johor agar Pilihanraya Negeri (PRN) dapat dilakukan ketika wabak masih menular dan ketika musim banjir. Adakah itu masih salah PN?

“Paling khianat ialah apabila tersebarnya rakaman perbualan antara cikgu dan muridnya sambil ketawa berdekah-dekah sewaktu PAU sedang berlangsung menunjukkan wujudnya perancangan rahsia antara kedua-dua pihak tersebut untuk meruntuhkan Kerajaan Pusat yang dibina bersama PN.

“Lalu apakah salah jika Tan Sri Muhyiddin mengisytiharkan BN adalah musuh utama rakyat dalam PRU nanti sebagai respon terhadap percaturan keji untuk menyelamatkan penjenayah tertentu dari dihukum mahkamah?” soal beliau.

Dr Muhammad Faiz berkata adalah wajar juga Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) membuat teguran keras terhadap kepimpinan PM Ismail Sabri sebelum ekonomi negara menjadi lebih parah lagi dan nasi menjadi bubur.

“Tetapi ia dibalas pula dengan membubarkan parlimen, bukannya terus memperbaiki ekonomi rakyat.

“Itulah dia contoh PM yang paling singkat dan paling lemah dalam sejarah Malaysia kerana rela dicucuk hidungnya oleh seorang OKT yang mempunyai 47 kes melibatkan rasuah, pecah amanah dan gubahan wang haram satu yayasan kebajikan,” katanya.

Fitnah Ismail Sabri terhadap Muhyiddin, 12 menteri Perikatan Nasional

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
21 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
21 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
9 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
9 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
13 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok