Ismail akui UMNO berpecah dua, enggan memihak mana-mana kumpulan

March 25, 2021 · Politik

Kewujudan dua kumpulan yang bertentangan dalam UMNO memberi masalah kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beliau sebaliknya mengambil langkah untuk tidak memihak kepada mana-mana kumpulan.

Ismail menyifatkan keputusan untuk menyokong salah satu kumpulan dalam UMNO hanya akan menambah perang antara kedua-dua pihak yang saling bertelagah kerana beliau mahu lebih menjadi pendamai kepada kedua-dua kumpulan tersebut.

“Isu dalam kita selesaikan secara dalaman. Sebenarnya, apabila timbul dua kumpulan yang bertentangan susah saya… kalau saya masuk kumpulan ini ataupun kumpulan itu, maknanya saya menambahkan lagi peperangan.

“Tidak ada kumpulan yang benar atau tidak, apa yang penting saya lebih suka menjadi pendamai,” kata beliau dipetik semasa wawancara bersama portal UMNO Online.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan itu lagi, beliau tidak mahu melihat UMNO berpecah sekiranya kemelut dalaman parti berterusan dan perkara yang lebih mustahak adalah menjaga institusi parti supaya ia kekal kukuh.

“Sepertimana yang saya katakan tadi saya tidak mahu tengok UMNO ini berpecah.

“Adalah lebih baik kita tutup atau pun menjadi pendamai untuk menyelesaikan isu yang timbul dan elakkan ianya menjadi lebih parah dan sebagainya. Walaupun masing-masing mempunyai pandangan tersendiri namun akhirnya parti adalah segala-galanya dan institusi yang perlu dijaga,” katanya.

Beliau juga menegaskan tindakan menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilakukan oleh beberapa pimpinan dalam parti ekoran beberapa keputusan dan tindak-tanduk seperti kerjasama melibatkan PKR dan DAP sebagai satu tidak wajar kerana perkara tersebut sepatutnya diselesaikan secara tertutup dan bukan terbuka.

“Sesetengah orang bersuara setiap hari sedangkan saya tidak sebegitu.

“Apabila ramai mengecam dan minta presiden letak jawatan sebelum ini, saya keluarkan kenyataan paling awal dengan mengatakan jangan kita serang presiden di luar. Kita ada ruang kita sendiri untuk bersama-sama mengemukakan pandangan. Jangan kita berkelahi di tepi laman kerana ia dilihat oleh orang ramai,” katanya.

Kontroversi melibatkan Ahmad Zahid bersama bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bermula selepas tular surat sokongan kedua-dua pemimpin berpengaruh itu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri baharu yang dihantar ke Istana Negara.

Susulan pendedahan surat tersebut, senario dan suhu politik dalam UMNO semakin panas apabila ramai pemimpin yang tampil mengecam secara terbuka kedua-dua pemimpin utama UMNO itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
9 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok