Isham Jalil tempelak Hanipa Maidin ‘tidur’

April 18, 2021 · Politik

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menempelak Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin kerana tidak berada bersama penduduk yang diwakilinya.

Malah katanya, Hanipa langsung tidak menunjukkan prestasi memuaskan sebagai wakil rakyat di Parlimen Sepang.

“Kita tak nak jadi macam tu. Hanipa tak perform di Sepang. Dia bukan datang sini. Dia tidur juga,” katanya pada pertemuan dengan UMNO Bahagian Sepang.

Beliau membayangkan bahawa UMNO mesti bertanding di Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk berdepan Pakatan Harapan (PH) dan mengelak Hanipa menang lagi.

Isham juga mengajak UMNO Bahagian Sepang supaya menolak calon Bersatu, jika parti itu meletakkan ‘orang’ mereka bertanding di Parlimen Sepang.

“Ini (Sepang) kawasan kita (UMNO). Jika Bersatu meletakkan calon mereka di Sepang, ia akan memecahkan undi kita dan PH akan menang semula. Saya dengar macam-macam.

“Contohnya Bersatu hendak letak Rina Harun (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) bertanding di Sepang. Kita (UMNO) tidak setuju… kita akan lawan,” katanya.

Isham turut menempelak tindakan Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melantik 18 penyelaras Parlimen di seluruh Selangor.

Beliau berpendapat langkah Azmin itu bertujuan menempatkan calon Bersatu bertanding di 18 kawasan itu pada PRU15 nanti.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok